Saturday, 15 October 2022

Nak Kerjasama Dgn PAS Atau Tidak, PAS TETAP KUAT - Ceramah Membara Dato ...

Sejarah Pas memerintah

1.Pas pernah menang pada tahun1959 perintah Terengganu, dua tahun jatuh . 

2.Pada tahun 1999 Pas menang di Terengganu dan jatuh pada tahun2004

3. 2018 Pas menang lagi di Terengganu hingga 2022


******




Sejarah penubuhan parti di Malaysia

  1. Pas parti yang paling tua di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1951. 

2.Parti Umno adalah parti baru , yang lama telah dibubarkan. Umno baru daftar pada tahun 1988. 

3.Parti Dap ditubuhkan pada tahun 1966

4.Parti PKR ditubuhkan pada tahun 1998

5.PAN ditubuhkan pada tahun 2016


*********

Thursday, 13 October 2022

Cegah mungkar

 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). 


Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(A-li'Imraan 3:104) |


************

Tugas dakwah tidak terhenti di sini sahaja, untuk cegah mungkar, perlukan kuasa politik Islam. Jadi marilah kita jihad politik di mana saja ruang yang  ada, di maya, di alam nyata.



Cara ahli kitab meragukan orang beriman

 

Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri):


 "Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula".

(A-li'Imraan 3:72


***********
Tujuan mereka lakukan hal yang demikian untuk meragukan orang yang sudah beriman, dan kembali murtad.



Nyawa kita di tangan Allah

 

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. 


Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

(An-Nisaa' 4:78


************

Perangai manusia serupa dari dulu, kini dan selamanya, suka salahkan orang lain di atas nasib malang mereka. Mereka mendabik dada kesenangan adalah usaha mereka yang bijak, mereka lupa bahawa nyawa kita di tangan Allah.


Allah menjelaskan bahawa mati kerana ajal, bukan kerana berperang, yang mereka benci dan takut berjihad.

Jihad politik

 

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat".


(Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. 


Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

(An-Nisaa' 4:77


*********

Allah paparkan perangai keluh kesah manusia. Bila semua rakyat hendak pilihan raya bulan Julai, mereka desak dan paksa hendak sekarang.


Bila telah diisytihar saat berjihad politik, ramai pula beralasan, umur sudah tua, nak berehat sahaja, takut bincang tajuk politik yang berat, terkena serangan jantung, bergaduh, masam muka, tu hujah longgar dan tidak tepat mereka.


Mereka menganggap mengundi tidak penting, memberi pencerahan kepada kalangan atas pagar, bagi mereka mencetuskan balah.

Begitulah akal yang dangkal, yang tidak mampu fikir wahyu, dosa, pahala, dan alam ghaib, bahawa selepas mati hanya amal yang dibawa.


Jika kita biarkan kuasa politik ke tangan pihak kuffar, apa yang boleh kita jawab dalam alam barzakh.


*****

Pemimpin adalah orang Islam

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

Pagi beriman , petang kafir

Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): "Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula".



Cara orang Yahudi mengkhianati orang beriman supaya ragu dan kembali murtad.

Kaedah, pagi beriman, petang kufur ini boleh menjadikan orang beriman syak dan ragu dengan kebenaran Islam.

Pilih pemimpin beriman

 

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Wednesday, 12 October 2022

Yang membunuh masuk syurga

 Wahsyi yang membunuh Sayyidina Hamzah di perang Uhud, telah menebus dosanya dengan memerangi orang murtad.

Ikrimah anak Abu Jahal

 Ikrimah anak Abu Jahal, isterinya masuk Islam, datang minta maaf kepada nabi.

Negara Jibayah

Negara jibayah ialah negara yang hanya tahu bilang harta.




Amru ibnu 'As

 Amru Ibnu al 'As seorang ketua perang yang dilantik oleh nabi s.a.w.

Pengikut tidak puas hati dan balik mengadu kepada nabi s.a.w mengenai:

1. Tidak boleh buat unggun api di khemah ketika perang , dan cuaca sejuk

2. Amru ibn 'As pada solat subuh pagi itu , yang sejuk ,tayammum dan jadi imam solat

3. Menahan tentera dari terus kejar musuh , tetapi cukup dan balik


Apabila balik diceritakan kepada nabi s.a.w yang mereka terkilan dan tidak puas hati. Nabi saw terus memanggil Amru bin Al 'As untuk ditanyakan hal tersebut.


Amru bin al Asr telah menjawab perkara tersebut dengan mengatakan bahawa unggun api tidak dibenarkan, bimbang musuh dapat kesan, tayammum kerana cuaca sejuk dan berhenti mengejar musuh dan pusing balik kerana bimbang perangkap musuh, jika masuk hingga ke kawasan mereka. Lagi pun dari segi propaganda, kita telah menang kerana musuh cabut lari.






Kesedaran berpolitik, undi wajib

 Pilih calon ikut parti  Melayu Islam bukan calon.

Calon Wanita

 Khadijah Sidek , calon wanita yang pertama dicalonkan Pas, mewakili parti Pas.

Kisah pengikut tidak puas hati

Surah asSyu'ara', kisah nabi Musa a.s , yang dikejar Firaun dan lari keluar Mesir, hingga ke laut Merah. Apabila Firaun kejar dan laut di depan, pengikut mula pertikai keputusan nabi Musa a.s.

Jawab nabi Musa a.s , ini adalah petunjuk dari tuhanku.


Akhirnya laut terbelah , mukjizat dari Allah.

Ilmu faraid penting

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. 

Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. 

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. 

Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.


Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. 

Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. 

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.


lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


*******
Wasiat Islam , yang sah hanya kepada bukan waris sahaja dan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta simati.

Soalan
Adakah wasiat kepada waris itu salah? 
Jawapan
Ya, salah dari segi hukum syara'.

*********

Mafhum hadis nabi saw:
Ilmu ada tiga bahagian:

1.  Ayat yang terang
2.  Ayat yang dasar/umum/cabang
3.  Pembahagian harta pusaka

Dalam hadis ini ilmu faraid adalah 1/3 daripada ilmu.

*******
Mafhum hadis nabi saw.:

Belajarlah ilmu faraid, kerana ia separuh dari ilmu, dan pertama akan hilang ialah ilmu faraid. Akhir zaman harta pusaka dibahagi ikut suka hati, tidak lagi ikut hukum faraid.

*******
                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN


Kewajipan keluar berjuang

 


Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(At-Taubah 9:39)


*************

Islam adalah penyelesaian dalam masalah yang dihadapi oleh manusia samada dalam politik, ekonomi dan sosial. Tanpa Islam manusia sesat dan terkapai-kapai, kerana otak dan akal sahaja, manusia tidak mampu berfikir tentang hari esok, hari yang lepas dan hari ini.

Pengetahuan manusia terbatas dan lemah, perlu kepada bimbingan dan bantuan Allah swt.

Tanpa Islam manusia hina dan lemah, dengan panduan Islam manusia akan menjadi mulia, hebat dan berjaya di dunia dan akhirat.


Berjaya di dunia sahaja, tetapi gagal di akhirat adalah satu kerugian di sisi Allah, walau pun semua manusia megatakan itu adalah benar. 


*************

                       PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN


Koleksi dalil dalam memilih pemimpin

 1. Surah al Baqarah/166, 247

2. Surah Ali Imran/ 118,149

3. Surah An Nisa'/58,59, 139

4. Surah al Maidah /48,49,51

5. Surah Al A'raf/ 3, 30

6. Surah Al Haj/41

7. Surah As Sajdah/24,25

8.Surah al Ahzab/67,68

9.Surah Saba'/ 31.32,33. 


**************

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.


**************

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka:


 "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. 


Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" 


Nabi mereka berkata:" 


Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". 


Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.


*********
Ibrah dan pengajaran dari kisah ini , sesuai sepanjang zaman, kerana perangai manusia sama sahaja. Oleh sebab itu al Quran adalah kitab pedoman kepada manusia dalam berpolitik dan bernegara.

**********

Wahai orang-orang yang beriman! 


Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). 


Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. 


Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. 


Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. 


Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.


(A-li'Imraan 3:118

************
A149

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.


**********
Allah ingatkan kita bahawa orang dalam dan orang kepercayaan kita mestilah orang yang beriman. Orang bukan Islam hanya sebagai rakan biasa sahaja dalam kehidupan dan bermasyarakat majmuk, seperti acuan nabi saw di Madinah.

**********

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. 

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. 

Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

************
Tugas menjadi pemimpin adalah amanah Allah kepada segolongan umat yang layak dan ahli dalam bidang tersebut. Menyerahkan amanah kepada yang bukan ahli, tunggulah saat kebinasaannya. 

Menyerahkan kuasa politik Islam kepada orang yang tidak faham ad din, syariat Islam tidak dapat didaulatkan. Memerintah negara dan mengurusnya hendaklah dengan panduan ad din.

*************

A059


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. 


Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. 


Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(An-Nisaa' 4:59)

************
Pengajarannya Islam adalah penyelesaian semua masalah umat dalam hal politik, ekonomi dan sosial. Cukuplah sudah kita mengambil ideologi dan falsafah Barat dalam mengurus umat, kerana ternyata gagal dan banyak masalah timbul kerana tiada roh dosa pahala , seperti dalam ad din .

Gejala negatif yang timbul apabila kepimpinan tidak membangun bersama Islam, bersama syariat Islam:

1. Korupsi , rasuah tinggi
2. Ekonomi umat lemah
3. Akhlak umat rapuh
4. Lgbtq mula tumbuh subur
5. Umat lemah jiwa 

************



A139


(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. 


Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).


*************
Pengajarannya , jangan cari kemuliaan dan kekuatan dengan orang kafir, carilah kemuliaan dengan Islam. Walau pun kamu teruja dengan harta kekayaan mereka. 

Kelalaian dan kecuaian pimpinan kita, menjadikan kita miskin di tanah air sendiri. Sebab itulah Islam menekankan sangat memilih pemimpin ada masa fardhu kifayah ada masa menjadi fardhu ain. 

Mengundi bukan perkara main-main.

Yakinlah bahawa Islam menjadikan bangsa dan umat mulia dan perkasa seperti Tun Perak di Melaka sebelum tahun1511 Masehi, pelabuhan dagang antara bangsa. Empayar Turki terbentuk dari kerajaan Champa hingga ke Temasik, Acheh, Jawa, Sumatera, Borneo, Kalimantan dan seluruh Nusantara.

Sistem undang-undang laut Islam, undang-undang Pelabuhan , undang-undang dagang semuanya adalah berpandukan al Quran yang adil.


**************
*Jangan boikot mengundi
*Jangan anggap undi anda tidak penting
*Jangan rasa selesa , dan enggan turun mengundi, hanya fokus ibadat khusus
* Jangan baca kitab fekah sahaja, baca juga kitab politik, Imam -imam tasauf adalah juga Imam politik
* Jangan tinggal ilmu politik 
*Mantapkan rukun iman , jangan rasa cukup dan selesa dengan amal rukun Islam sahaja
*Rukun iman berkait dengan keyakinan diri kita kepada akhirat dan takdir, baru hadir rasa insaf kepada nasib bangsa, negara dan Islam
*Belajar dari kejatuhan kerajaan Andalus, umat Islam dibunuh oleh Ferdinand dan Isabela

************
A048




Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. 


Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. 


Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). 


Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. 


Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.



***********

A049




Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. 


Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.


************

A051


Wahai orang-orang yang beriman! 


Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. 


Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.


************
Awas dengan musuh akidah kita iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani.

Ketika kejatuhan kerajaan Islam  Andalusia di Sepanyol, ramai daripada umat Islam dibunuh oleh Ferdinand dan Isabela.

Kejatuhan Andalus pada tahun 1492 Masehi dan dibuka oleh Tariq bin Ziyad pada tahun 711Masehi.

Kejatuhan tamadun kerana rebutan kuasa dan perpecahan, setelah berdaulat selama 800 tahun.

***********

A003


(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad):

 "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".




***********
Manusia suka menyembah selain dari Allah seperti menyembah syaitan, menyembah sesama manusia dan menyembah harta.

Inilah punca kerosakan akidah manusia samada secara sedar mahu pun tidak sedar.

***********


A030



Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. 


Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.

(Al-A'raaf 7:30)


*************

Manusia sering kali tersesat jalan kerana menjadikan jin dan syaitan sebagai sesembahan untuk mendapat pertolongan. Mereka terpedaya kerana licik syaitan dan jin menipu manusia , kerana telah berazam untuk perdaya manusia dan menemaninya di dalam neraka. Hal ini terjadi akibat dendam dan hasad kepada nabi Adam a.s.

Rugilah manusia yang tidak yakin kepada al Quran dan terus menjadikan syaitan sebagai pemimpin.Syaitan ada dua jenis, syaitan betul dan syaitan manusia.

*************

A041

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. 


Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.


*************

Keupayaan umat dan pimpinan melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar akan memberikan kesejahteraan dan kemakmurana kepada negara dan masyarakat.

Kegagalan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan ancaman undang-undang Allah, maka maksiat dan jenayah berkembang dan subur dalam umat dan negara.

Apabila hal ini berlaku dan terjadi, rahmat Allah tidak lagi turun ke dalam masyarakat tersebut.

Antara tanda negara hilang keberkatan ialah:
1. Kadar jenayah dan maksiat tinggi dalam umat dan negara
2. Musuh tidak gerun
3. Penjenayah dan penjahat tidak gerun
4. Umat juga turut bersalah, bukan sahaja pimpinan, kerana umat turut redha dengan kemungkaran yang berkembang kerana tidak mahu bertugas mencegah mungkar. Diam dan melarikan diri ketika umat sedang tertindas adalah sikap tidak bijak dan penakut
5. Jihad politik wajib disuburkan dalam umat dan negara demi mendaulatkan Islam. Jika kita gagal dan tidak mahu ambil peduli nasib umat dan negara, tunggulah saat kehancurannya di tangan musuh.

************


















                  


















 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN