Thursday, 9 August 2018

Pakar

Negara dan bangsa yang maju adalah negara dan bangsa yang menguasai ilmu dan maklumat untuk menjadikan mereka pakar.

Islam mementingkan kepakaran. Istilah bagi kalangan yang mahir dalam bidang agama disebut " faqih fiddin ".

_____________________

Istilah untuk yang mahir  dalam bahasa Melayu ialah pakar , pakar dalam bidang masing-masing.



Gambar hiasan latihan menjadikan anda pakar


_____________________

Jika kita tidak pakar dan tidak tahu bertanyalah kepada yang tahu.

_____________________

Ilmu dan maklumat sangat penting untuk kemajuan dunia dan akhirat.

_____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
PEJABAT URUSAN
NO. 1 A, TINGKAT 1, 
KM 16 , JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU MELAKA


Istiqamah

Dunia perniagaan adalah dunia yang penuh cabaran. Jadikan setiap cabaran dan masalah anak tangga untuk anda melangkah lebih jauh dan tinggi.


Gambar hiasan

Jangan sesekali menjadikan masalah dinding kerana ia akan mengepung kita dari terus mara.


_____________

Hidup adalah masalah, kita adalah pengurus masalah sahaja. Kita tidak boleh lari dari masalah. Masalah perlu dihadapi dan urus tadbir dengan tertib dan bijaksana.

Apakah kunci untuk mengurus dan menghadapi masalah ? Salah satunya ialah istiqamah.

______________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU , MELAKA




Tuesday, 7 August 2018

Perundingan

Dunia perniagaan adalah dunia hubungan antara sesama  manusia. Ia melibatkan persetujuan dan suka sama suka.

Istilah Islam ialah redha meredhai antara dua pihak penjual dan pembeli atau penyewa dan pemilik.

Perniagaan adalah ibadat yang akan mendapat laba di dunia dan pahala di akhirat.

Jadi dalam perundingan utamakan tolak ansur.Contohnya  , cipta pilihan apabila berlaku ketegangan dan sukar mencari kata sepakat.

_______________
Kes 1

Pemilik kedai tidak mahu menanggung kos pendawaian eletrik tambahan kerana mengikut akta sewaan adalah tanggungan penyewa. 




Penyewa pula inginkan kos ditanggung oleh Pemilik kerana telah mengalami kerugian akibat plug terbakar dan beberapa alatan letrik terbakar dan rosak.

___________
Solusi terbaik ialah mencari jalan damai dan jalan tengah dengan mencipta pilihan, samada, kos ditanggung bersama 50 50  atau dibahagikan 3 , 1/3 ditanggung oleh pemilik dan 2/3 tanggungan penyewa.


_____________
Apabila perniagaan diuruskan secara mengikut dan patuh syariat ia akan menjadi ibadat iaitu mendapat laba di dunia dan pahala di akhirat.
Bacaan Tambahan

____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000
MERLIMAU , MELAKA