Wednesday, 5 August 2020

Dato' Ustaz Kazim Elias - ROSAK AMALAN



Setiap masalah , Islam adalah penyelesaiannya, jika kita membuang Islam dan melawan Islam, bermakna celakalah di dunia dan nerakalah di akhirat.

_________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU , MELAKA 

Monday, 3 August 2020

Takbir Raya Aidiladha 2020 Makkah



Hari ini hari terakhir kita bertakbir raya bagi tahun 1441 Hijrah =2020 Masehi 

_____________
Hidup ini perlukan pengorbanan kerana Allah jadikan kehidupan ini sebagai satu ujian iman dan taqwa. 

Jangan meminta manusia yang membalas pengorbanan kita, kerana manusia , lemah , jika kita mengharap kepada yang lemah kita silap dan mengundang kekecewaan.

Haraplah kepada Allah yang Maha Kuasa, Maha Kuat, Maha Kaya, Maha Kasih dan Maha Sayang, jika anda inginkan ketenangan , kedamainan dan kekuatan untuk lalui ujian hidup. 

Kita hanya seorang musafir di dunia yang fana' ini ...untuk mencari bekal, balik ke kampung asal , akhirat.



_____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA 

Kisah sembelihan

LAMAN ILMU WAHYU 





Kata Allah, 

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

_______________________
Tadabbur ayat Allah 

(Makna tadabbur ialah memahami, berfikir dan menghayati ayat Allah untuk pengajaran secara umum . Tadabbur ditujukan kepada semua umat Islam apabila membaca al Quran) 

Allah rakamkan kisah dua orang hamba Allah yang taat kepada perintah Allah tanpa soal jawab , alasan dan daleh. Ikhlas ketaatan baginda nabi a.s menjalankan ujian perintah Allah. Ketaatan yang ikhlas dan bulat itu , menyebabkan , baginda dikira telah melaksanakan perintah Allah. 

Allah tidak suruh korban dan sembelih manusia hanya ujian iman dan taqwa sahaja. Setelah nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s. menunjukkan tekad yang bulat dalam ketaatan kepada Allah, untuk menjalankan sembelihan, dengan meletakkan pipi nabi Ismail a.s. di tanah , gaya untuk melakukan sembelihan, lalu Allah ganti dengan kibasy.

Kedua hamba Allah ini tidak pertikai langsung perintah Allah, walaupun nabi Ibrahim a.s. susah dapat anak, dah dapat anak diuji untuk disembelih, namun jiwa hamba Allah yang taat ini ,terus junjung perintah Allah tanpa bantahan dan alasan.

Begitu juga nabi Ismail a.s. apabila disebut perintah Allah terus akur tanpa bantahan dan alasan untuk menolak. Perintah Allah didulukan tanpa memikirkan kepentingan diri baginda sendiri. 

Nyawa yang menjadi kesayangan semua orang tidak penting dalam melakukan taat kepada Allah, kerana sedar kita milik Allah, hamba Allah dan akan kembali menemui Allah.

Berbeza dengan kita, gegak gempita alasan, bantahan, hujahan apabila syariat Allah cuba dilaksanakan. Inilah nilai iman dan taqwa kita , boleh dibaca dari reaksi kita, kerana terlalu tinggi meletakkan logik akal sementara  wahyu al Quran di bawah, Allah di belakangkan , nafsu didepankan. 

Adakah kita di tahap ini dalam taat kepada Allah? Jika ya, kita telah mencapai maqam taqwa, jika belum, kita masih boleh berusaha ke arah itu.Perintah Allah didulukan mengatasi perintah ibu bapa jika bertembung dan bercanggah dengan perintah Allah. 

Kebiasaan yang banyak berlaku dalam masyarakat kita, belum dapat bezakan antara arahan ibu bapa dan arahan Allah. Adat dan tradisi kadangkala melangkaui syariat, timbullah ayat biar mati anak jangan mati adat, yang jika diteliti bercanggah dengan syariat, kerana banyak adat tidak selari dengan syariat. 

Inilah antara fakta yang kita dapat lihat dalam masyarakat kita adat dan keinginan diri melebehi kepada kepatuhan  syariat. Ini kerana kita meletakkan Allah di bawah selepas akal dan keinginan kita.

_______________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300 , MERLIMAU , MELAKA 

Sunday, 2 August 2020

Hina &mulia

LAMAN ILMU WAHYU 



Kata Allah,





Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, 

(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; 

dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, 

(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; 

dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; 

dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. 

Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


__________________