Saturday, 12 March 2022

Berani berubah

 

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

(Al-Ahzaab 33:66) |


_____________________________

Penyesalan ahli neraka di hari penyesalan. Oleh itu baik kita menyesal sekarang , jangan tunggu hari penyesalan kerana sudah tidak berguna.  Pilihlah pemimpin yang taat kepada Allah dan Rasul, kerana mereka lebih amanah, jujur, dan bertanggung jawab kerana kenal antara dosa dan pahala.

Jika kita memberikan kepercayaan dan mandat kepada mereka yang berpandukan wahyu , untuk menyusun negara dan umat , Insya Allah ekonomi kita subur, tidak perlu pinjaman pelajaran, semua boleh ditukar kepada biasiswa, gaji minima boleh ditingkatkan, riba boleh dibenamkan, zakat subur, kerana hasil negara banyak , melimpah ruah, . 

Malangnya apabila kekayaan negara diurus oleh manusia yang rakus, tamak ,  haloba , penting diri sendiri, mencari kaya untuk diri sendiri, tanpa perhitungan dosa dan pahala , semuanya hancur. Politik dan ekonomi berada dalam keadaan tidak menentu hala tuju .


Sudah 60 tahun kita ditekan ditindas, kenapa kita tidak memilih untuk membuat perubahan ? 

________________________

                              PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Wednesday, 9 March 2022

Cahaya orang beriman dapatkan sekarang

 




(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: 


"Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". 


(Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): 


"Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.


___________________
Allah telah memberikan peringatan kepada kita , pilihlah pemimpin  selama di dunia ini , dengan cahaya wahyu. Cahaya wahyu inilah yang akan menerangi kita diakhirat. Cahaya iman sahaja yang ada di akhirat, tiada lagi cahaya matahari dan cahaya letrik.

__________________

                                PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin

Tuesday, 8 March 2022

Bijak memilih pemimpin

 

Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa".

(Saba' 34:32


________________

Lihat bagaimana perdebatan dalam neraka akibat salah pilih pemimpin. Jadi bijaklah pilih pemimpin sekarang supaya boleh tumpang di akhirat nanti, meniti sirod mustaqim dan mendapat syafaat nabi s.a.w.

Mampukah kita mendapat syafaat nabi s.a.w. jika di dunia kita sendakan ajaran nabi s.a.w.? Fikir-fikirkanlah....

Walau pun semua orang di dunia ini dari dulu, kini dan selamanya menolak adanya hari pembalasan , syurga dan neraka, takdir Allah pasti berlaku, bahawa mahsyar itu benar, neraka itu benar, azab kubur itu benar. 

Andainya kita bijak wahyu, ain basyirah iaitu mata hati kita akan berperanan jelas, terang dan jitu...

Pesanan kepada warga Johor, baliklah mengundi, keluarlah mengundi dan pangkah dengan bijak berpandukan  wahyu, bukan nafsu yang rendah. Bijak memilih pemimpin kita akan mendapat nikmat dunia , rahmat dan berkat di dunia ,  ampunan dan syurga di akhirat.

Nikmat semua orang dapat walaupun kafir, tetapi nikmat yang diberkati dan dirahmati Allah hanya kepada hambaNya yang taat.

Berhentilah menjadi pengikut yang fanatik kerana ini ciri pengikut Abu Jahal. Rasionallah atau berfikirlah dengan munasabah pemimpin yang bagaimana kita hendak lantik memimpin, mengurus negara kita yang kaya raya ini dengan jujur, amanah , takut Allah .

_____________________

                                PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin


Kejar akhirat dapat dunia

 

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

(Asy-Syuura 42:20)


________________________

Memilih pemimpin dengan niat mendapat keredhaan Allah akan menjadi ibadat yang dihitung di akhirat. Memilih pemimpin untuk dapat kesenangan dunia sahaja, dengan meninggalkan akhirat dan keredhaan Allah akan dapat dunia sahaja dan di akhirat menyesal.

______________________

                         PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin

Penyesalan di akhirat kerana salah pilih pemimpin

 

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

(Al-Ahzaab 33:67


___________

Memilih pemimpin adalah termasuk dalam tanggung jawab ibadat yang akan dibawa mengadap Allah. Biar kita menyesal sekarang memilih pemimpin yang percaya adanya akhirat, adanya dosa pahala dan adanya syurga dan neraka. Bukan menyesal di akhirat kerana salah memilih dan mengikut pemimpin yang tidak mengikut panduan wahyu.


Percaya atau tidak percaya urusan dan takdir ketetapan Allah pasti berlaku. Janji Allah benar, kerana orang kafir tidak yakin janji Allah itu pasti.


______________________

                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin