Friday, 13 July 2018

Berunding-Kaedah dan petua

Perniagaan sebahagiannya adalah perundingan antara banyak pihak, pihak pengguna atau pelanggan, pembekal pengedar,pengilang, penyimpan stok(barang), peladang, dan semua yang berkaitan dengan dunia perniagaan.

_______________

Untuk berjaya dalam perundingan atau kira bicara perniagaan, ada dua petua untuk dikongsikan :
  • Jangan tunjuk terlalu minat untuk berjaya dalam perundingan
Bersikap sederhana ,dan bersahaja. Pihak yang inginkan rundingan itu berjaya ialah pihak yang mempunyai kelemahan dalam rundingan tersebut.
  • Tunjukkan nilai dan faedah 
Lebih banyak anda beri sebab kepada pihak yang berminat dengan permintaan anda, lebih baik terma rundingan yang anda akan dapat. Ini bermaksud , tunjukkan nilai dan manfaat sebanyak yang mungkin untuk pihak yang menerima rundingan anda.

Tuesday, 10 July 2018

Senyuman rahsia memikat pelanggan

Nabi kita s.a.w memberitahu bahawa senyuman adalah sedekah.




Senyuman dalam perniagaan adalah rahsia untuk menambat hati pelanggan anda.

_______________

Bila kita perlu senyum dalam masa berniaga??

  • Sebaik saja pelanggan tiba di kedai kita, berikan senyuman
  • Apabila pelanggan membeli barang atau perkhidmatan kita, berikan senyuman
  • Apabila pelanggan beredar dari kedai kita, iringi  dengan senyuman

Kita boleh senyum di talian ketika bercakap dengan pelanggan, kerana senyuman kita dapat dirasai pelanggan dan tanda kita mesra pelanggan.

__________________-

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA