Saturday, 14 March 2020

Pembenihan ikan puyu


  • Info Sabtu 14/03/2020


Kursus pertama diadakan di pdp aqua, menggunakan kolam kecil, kolam besar dalam pembinaan.

Aqua maknanya air, kultur maknanya ternakan, aqukultur ternakan air.

______________
Tips

Kolam konkrit /simen tidak boleh terus masukkan anak ikan . Hilangkan tajam simen dulu ,  dengan merendam batang pisang atau kulit nenas , iaitu benda tajam  selama seminggu.


Kini musim panas agak tidak sesuai juga melepaskan benih ikan kerana air panas ditakuti anak ikan mati. Ini bagi kolam yang tiada atap , terdedah langsung sinar mentari , hanya naungan pokok sahaja, dan pokok air, kiambang, keladi bunting dan kangkong.


Musim hujan bulan November, Disember , adalah waktu yang baik, melepaskan anak benih berusia sebulan, saiz 2 inci besar, kerana rahsia Allah dalam air hujan , kita tidak tahu. 

Ahli sains hanya baru menemui sedikit dari ilmu Allah yang dibandingkan dengan 7 lautan dijadikan tinta, kering digantikan 7 lagi belum habis untuk  menulis ilmu Allah. (Surah al Kahfi/109)

Sebab itu kajian pakar ikan mendapati ternakan di alam semulajadi atau habitat asal iaitu sawah padi dengan lumpur , air hujan , cahaya matahari dan udara (oksigen) adalah yang terbaik untuk tumbesaran ikan puyu , berbanding ternakan dalam kolam atau fiber, iaitu paya buatan .

_______________________


Al hamdulillah kursus suntikan hormon kesuburan bagi induk puyu berjalan lancar. Apabila kolam besar pdp aqua (air) siap , boleh menampung 40 orang peserta kursus dalam satu masa.

Nisbah induk ialah satu induk betina dan 4 induk jantan untuk menghasilkan benih yang baik dan  berkualiti.


Waktu suntikan yang terbaik ialah sekitar jam 6.30 petang. Waktu ini ikan puyu suka melompat dan melakukan lompatan arobik , ketika hari mula sejuk dan nyaman.

_____________________

Kursus kami padat dan ringkas supaya peserta selesa dan jimat masa. 

Jaminan kami setiap peserta yang minat , boleh terus membina kolam dan menternak ikan puyu selepas ikuti kursus.

Kami akan dedahkan secara teori dan praktikal ( amali). Sifu ikan akan pasakkan semangat dan keyakinan untuk mulakan usaha secara kecil atau besar.

Anda tidak perlu takut , kerana tiada pengalaman dan info, kerana kami akan jadikan anda dari zero kepada hero , dalam bidang aqua ikan air tawar (aquakultur ) (kultur maknanya ternakan air  ), puyu.



_________________________

Soalan 
Kenapa memilih ikan puyu?

Jawapan 
Kerana ikan puyu lasak dan mudah dibela, tidak perlu oksigen dan ph air yang tertentu seperti ikan lain 

_________________
Bantuan corner 

Semalam kami berkesempatan berbincang dengan KPD (Ketua Perikanan Daerah ) Jasin, di Pejabat Perikanan Negeri di Batu Berendam, Melaka.  

  • Maklumat yang kami terima ialah, setiap pengusaha yang inginkan bantuan, perlu mulakan dulu usaha secara kecilan dan pastikan anda mendapat hasil setiap bulan untuk diajukan kepada jabatan untuk kelulusan bantuan.

  • Sekiranya anda menyewa tanah, sertakan perjanjian sewaan, juga jika pajakan sertakan dokumen sokongan, jika tanah tol ,sertakan dokumen berkaitan.

  • Jenis bantuan hanya alatan mudah aleh sahaja seperti tangki air, fiber ,tong deram , pam air, anak benih, makanan ikan palet, dan alatan yang berkaitan .

  • Tujuannya jika jabatan dapati dalam tinjauan dan siasatan, pengusaha tidak lagi aktif, alatan tidak digunakan pihak jabatan akan mengambil balik dan diberikan kepada pihak lain yang aktif.

  • Sokongan mudah diberikan jika anda dikategorikan sebagai pengusaha yang berpotensi mengeluarkan hasil setiap bulan , walaupun kecil.

  • Jika anda asnaf zakat , dan ingin mulakan ternakan ini, boleh hubungi pihak zakat 

_______________________________________________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3585 

PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM 

Thursday, 12 March 2020

Tutorial #1 Pasang Tali Busur Pakai STRINGER




Bagi busur yang berat iaitu untuk kegunaan orang dewasa, memasang tali dengan alat bantu lebih mudah.

___________________

Busur 26 lbs lebih berat untuk dilenturkan, perlukan tenaga yang kuat, jadi alat bantu perlu.

___________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 


TALIAN KAMI : 019 957 3585

PERNIAGAAN INI MILIK MELAYU MUSLIM

Pembesaran

Faktor pembesaran ikan puyu 

i. kolam -paling subur kolam tanah/sawah , lumpur sawah sangat sesuat, habitat semula jadi, lumpur sejuk
ii. makanan bervitamin, ubi kayu muda , cincang halus paling berkhasiat
iii. palet yang baik 
iv. udara / oksigen
v. benih yang baik , subur, segar, besar 
vi. tanaman air seperti kiambang , keladi bunting 
vii. cakna dari tuan kolam 

____________________


____________________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3585

_____________________-
PERNIAGAAN INI MILIK MELAYU MUSLIM


Monday, 9 March 2020

PANAHAN / Archery (Pasang Tali Busur Panah)




Dalam u tube ini menggunakan kaki kiri di depan busur. Pelatih boleh juga gunakan kaki kanan di depan busur dan kaki kiri digunakan untuk memaut busur bahagian bawah.

________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA

TALIAN KAMI  019 957 3585

PERNIAGAAN INI DIMILIKI OLEH MELAYU MUSLIM 

Latih tubi memanah

Info Sabtu, 07/03/2020


Murid tingkatan 5, dari Kampung Pulai, telah menunjukkan minat dan kesungguhan dalam sukan memanah. Pernah menjadi wakil sekolah, dan sangat cekal dan istiqamah berlatih. 



Beliau telah berlatih selama 2 jam tanpa henti, inilah sikap istiqamah yang ada pada pelatih tersebut .




Tahniah dan syabas kami ucapkan dan anda boleh pergi lebih jauh. Jaminan kami anda mampu mewakili sekolah, kolej , dan universiti.


"LATIHAN MENJADIKAN ANDA PAKAR DALAM APA BIDANG SEKALIPUN "

"BERANI GAGAL ADALAH PELUANG DAN RUANG UNTUK ANDA TERUS BERJAYA"

"ISTIQAMAH BERLATIH DAN LATIH TUBI MENJADIKAN ANDA MAHIR"

_______________________-

Soalan
Bagaimana kita nak tahu kita mahir atau tidak ?

Jawapan
Mahir ialah apabila kita melakukan sesuatu tanpa berfikir dan teragak-agak ,  lagi.


(Tips) , 

Untuk mendapatkan kemahiran sentiasa memegang busur panah setiap hari, dengan latihan bayangan.

Jika tidak ada busur , latihan bayangan boleh dilakukan dengan gaya tangan sahaja, iaitu seperti anda memegang senapang, 3 cara, tundukkan anak panah ke bawah , naikkan ke atas dan kembalikan ke posisi untuk dilepaskan. 

Tujuan , untuk mendapatkan kemahiran memegang busur dan anak panah . Ini penting untuk menentukan ketepatan panahan kita. Mulakan dengan jarak dekat terlebih dahulu , iaitu 10 kaki .
_________________

Bagi peminat sukan memanah anda boleh ke tahap lebih tinggi iaitu sukan memanah berkuda. Inilah kemahiran dan kehaibatan tentera Islam dulu termasuk wanita.


__________________

Perhatikan apa yang berlaku di India,, universiti Islam dicerobohi, di sini perlunya kita menghayati dan hadham hadis nabi s.a.w. bahawa sunat menyimpan senjata dan ajarlah anak kamu berkuda, berenang dan memanah. 

Maksudnya setiap umat perlu ada ilmu pertahanan diri, tidak kira lelaki ataupun wanita. 

Dalam masyarakat kita di Nusantara silat adalah kegemaran mereka, ayuh kita bangunkan seni silat dan bermain senjata, setelah Bani Melayu Islam dijatuhkan, dan kini baru dapat bangkit dan bernafas kembali. Amin 


Silat adalah antara program yang ada dalam jadual perancangan kami.
____________________


Memanah termasuk dalam anjuran nabi s.a.w. supaya ajar anak kamu memanah.

Soalan 

Apa tujuan pandai memanah?




Jawapan 

Akal yang sihat dari badan yang sihat.
Kemahiran dan pertahanan diri yang kita ada dapat menggerunkan musuh , dan termasuk dalam galakan nabi s.a.w. 
Orang Mukmin yang  kuat lebih baik dari orang mukmin yang lemah.
Anak anda juga dapat didisiplinkan dari perkara yang membahayakan, hantu gajet, mat rempit, mat lajak dll 

______________________

Sokongan dan dorongan dari ibu bapa sangat penting untuk kemajuan anak dalam semua bidang .
______________


Tips memasang tali busur panah 




  1. Busur pegang dengan tangan kiri
  2. Lubang tali kecil di bahagian bawah
  3. Tali pegang dengan tangan kanan
  4. Pemegang busur di bahagian belakang lutut kanan 
  5. Busur naikkan ke atas ke bahagian belakang paha kanan
  6. Tarik perlahan-lahan sambil lenturkan busur untuk masukkan tali 
  7. Kaki kanan di bahagian depan busur
  8. Kaki kiri di bahagian belakang busur

_____________________


Cara membuka tali  sama juga . Tali mesti dibuka semasa menyimpannya supaya tali tidak rosak.

_____________________
Tips 

Untuk lebih mudah boleh gunakan tali alat bantu (stringer) untuk pasangkan tali pada busur .

_____________________


Sunday, 8 March 2020

Kolam besar



Penyediaan kolam yang lebih besar sedikit dari kolam yang pertama. Tujuan memudahkan peserta kursus untuk menjalani latihan amali.

Keluasan kolam pilihan kami 35 kaki x 30 kaki kedalaman 3 kaki 

Kepada peminat ikan puyu boleh ikuti kursus kami pada 14/03/2020, Sabtu , di PDP. Anda boleh mendaftar secara atas talian atau terus ke kaunter pendaftaran kami di pdp pada jam 8.30 pagi pada tarikh tersebut.




Dalam pembinaan 
______________
Tips 

Ubi kayu cincang adalah makanan ikan puyu, mudah dan murah untuk didapati.




Ubi kayu muda dicincang halus 

________________
Penjagaan kolam

  • Pastikan udara bebas lepas 
  • Tanam pokok ubi kayu untuk teduhan dan rasa sejuk dan nyaman
  • Masukkan tanaman air seperti pokok keladi bunting . kiambang dan kangkong 


Keladi bunting  dan kiambang
(Boleh dicari dari paya )





Jika diternak dalam fiber , seeloknya dimasukkan sedikit tanah lumpur sawah. Ini sesuai dengan habitat puyu , sukakan air yang keruh, tidak suka air jernih seperti ikan koi, kerana ia adalah ikan lasak dan tidak suka dilihat orang. (tidak suka glamor agaknya)

Kolam simen konkrit juga boleh dimasukkan sedikit lumpur sawah , kerana rahsia Allah Ta'ala kita tidak tahu kandungan dalam lumpur tersebut , untuk tumbesaran ikan puyu.

Air jernih bukan habitat kegemaran ikan puyu, kerana ia  pemalu, tidak suka dilihat dan  orang melihat aksinya.

Ikan puyu adalah ikan yang penuh waspada kepada musuh dan ancamannya. Ia sangat peka dan sensitif dengan bau musuh , terus lari, menyorok dalam pokok-pokok air. Di sini pokok air sangat perlu untuk memenuhi habitatnya.


Ikan puyu bukan untuk binatang hiasan dan belaan manja, bukan seperti ikan koi, untuk tatapan sahaja .

Ikan puyu adalah ikan yang lasak, tidak boleh  dipegang sembarangan , ada duri, bila insangnya mengembang dan belakang ada sirip yang tajam .


_______________


Kolam ukuran kecil 6 kaki x 14 kaki kedalaman 2kaki setengah 


Pokok ubi kayu ditanam untuk dapat teduhan dan naungan .



Lihat pokok kiambang dan keladi bunting sangat cepat membiak di musim hujan, pastikan ia tidak memenuhi kolam kerana  ikan puyu suka membuat lompatan , sehingga boleh melompat setinggi 6 inci dari permukaan air , dan susah untuk tabur makanan pelet . 


Keperluan ialah : 

i. saluran air keluar dan air masuk
ii. letrik /plug di tepi kolam untuk memasang pam air rendam ( submersible pump) untuk air berpusing  , untuk dapatkan oksigen supaya air tidak berbau busuk
iii. pam air rendam ( submersible pump) untuk keluarkan air ketika menukar atau cuci kolam  
iv . memadai yang 35 w dalam harga rm38.00/unit , untuk pusing air
v. memadai yang 120w untuk keluarkan air, jenama tsugawa dalam bajet rm195.00 /unit 

________________
Faedah keladi bunting, kiambang dan kangkong,
  • akar jadi makanan ikan puyu , terutama kiambang 
  • akar tempat ikan puyu menyorok ,  bertelur dan simpan telur
  • akar tempat ikan puyu menyelamatkan diri ketika ada ancaman 
  • pokok tu jadi teduhan panas mentari 
  • daun sumber oksigen untuk manusia dan ikan
  • daun yang menghijau baik untuk mata, sejuk dan nyaman 
  • satu keindahan seni taman 

__________________________
Faedah ubi kayu

Ubi kayu boleh dijadikan makanan  ikan puyu . Ubi yang muda berusia 4 bulan mudah dicincang halus untuk diberi makan .
__________________________
Wahyu corner 


Tepat wahyu Allah 
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
(Hud 11:6) |

_______________________

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-'Ankabuut 29:60)



__________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU, MELAKA 


TALIAN KAMI : 019 957 3585

_____________________-
PERNIAGAAN INI DIMILIKI OLEH MELAYU MUSLIM