Saturday, 21 March 2020

Merawat ikan puyu

Merawat ikan puyu yang sakit ialah dengan mengasingkan ke bekas yang lain dan air hendaklah sama aras ikan sahaja, kerana puyu bernafas di udara. Ketika sakit ikan puyu tidak mampu naik ke atas dari dasar kolam dengan kedalaman 3 kaki untuk bernafas. 



Kolam ikan puyu yang baru siap hendaklah direndam dengan batang pisang 
untuk matikan ketajaman simen dan pelbagai bahan kimia  yang membahayakan ikan 


Arahan duduk di rumah , jangan tubik ,
pembinaan kolam dihentikan sementara covid -19 berakhir , 
kedai hard ware pun tutup


Air setinggi 2 inci membantu puyu bernafas tanpa berenang naik ke permukaan air dalam keadaan lemah dan tenat. Ia hanya mampu menepek di dasar bekas , air yang sedikit sangat perlu, untuk membantu pernafasan .

Rawatan ini berjaya menyembuhkan puyu. Bantuan kecemasan pernafasan 

_________________________
Ilmu Wahyu  corner

Kata Allah , haiwan adalah makhluk seperti kamu. 


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).



Oleh itu wajarlah kita kurantinkan (asingkan ) pesakit wabak dan berjangkit , di masa covid-19 ini melanda dunia.

Maksud hadis nabi s.a.w 

" Janganlah kamu mencampur adukkan binatang yang sedang menderita ditimpa penyakit dengan haiwan yang masih sihat ."
(Hadis riwayat al Bukhari )

Ikan yang sihat  kelihatan rona warnanya
yang kehijauan kehitaman dan berkilat 

Lihat betapa indahnya Islam mengatur alam ini dengan sistem yang tiada tandingannya. 

Semua alam dan isinya diurus tadbir dan dijaga oleh Tuhan sekelian alam . 

Asbab itu jangan lawan Allah dan rosakkan sistem yang ditetapkanNya  dalam kita mentadbir urus alam. 

Patuhi manualNya iaitu kitab al Quran dengan akal yang waras dan bijak. Sayangi alam dengan taat kepada perintah Allah.

Rancangan nat geo menelan jutaan ringgit hanya mampu mengkaji sedikit dari keajaiban alam haiwan , alam tumbuhan , alam sungai dan laut secara nyata, tetapi malangnya mereka belum menemui hidayah untuk nampak perkara ghaib iaitu menemui PenciptaNya. 

Kita sangat teruja melihat kekayaan nikmat di dasar laut, di dalam hutan belantara, malangnya kita lupa bahawa Allah itu Maha Kaya dan Maha Kuasa.

______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3585



Friday, 20 March 2020

Info batal

Kursus pembenihan ikan puyu bagi bulan April 2020 dibatalkan selari dengan arahan larangan berkumpul.


Semua urusan ditangguhkan .

Kami juga menerima penangguhan booking homestay dari pelanggan sempena wabak covid -19 ini.

Sekian, terima kasih.


_________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI KM16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU , MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3565

Thursday, 19 March 2020

Alam dan covid - 19

Alam ini milik Allah. Dalam alam ini pula ada alam haiwan , alam tumbuhan, alam manusia, alam jin, dan alam malaikat.

Allah sebagai pemilik alam ini telah melantik manusia sebagai pengurus /pengganti/khalifah Allah di bumi dengan beberapa garis panduan dalam al Quran sebagai kitab/bacaan/pembeza/petunjuk peringatan .


Kata Allah ,

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Samalah juga jika kita beli kereta mercedes, ada buku garis panduan, mesti isi minyak petrol bukan air, bukan minyak zaitun, bukan minyak masak, bukan minyak gamat, dan semua minyak selain petrol jika diisi , kereta akan rosak. 


Begitulah juga manusia Allah cipta ada garis panduan , semua isi alam untuk manusia, binatang untuk dimakan. Namun tidak semua binatang boleh dimakan oleh manusia, ada yang jika dimakan mudharat.

Kata Allah 

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

_____________________


Cara nak makan ada tata cara sembelih dan  cuci. Namun manusia engkar aturan Allah Pembuat dan Pemilik alam ini.

Tanpa rasa takut kepada Pencipta , dan arahan Pencipta, semua binatang berbisa  manusia makan, kelawar, katak, ular dll. 

Akibatnya kini barulah Allah tegur manusia, supaya sedar dan insaf. Cara Allah tegur tidak sama dengan cara manusia tegur, Allah tegur dengan diturunkan bala , dan dalam bala itu ada rahmat Allah.

Larangan makan binatang larangan /haram 

Kata Allah,  

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

________________________

Kedegilan ini punca turun bala virus ganjil dari kelawar, babi, tikus , ular dan katak. Ulasan tajuk ini menjadi sepi, bisu dan tuli. Inilah ilmu wahyu yang perlu dipatuhi oleh manusia dalam menjalani kehidupan. Inilah kompas hidup sihat. 

Ini salah satu punca masalah , kuman merebak . Allah sebagai Pencipta tahu tentang  ciptaannya, malangnya manusia terlajak pandai dan bodoh sombong lawan Allah.



Manusia suka mengambil nafsu serakah sebagai sumber rujukan dan timbangan . 

Kata Allah, 

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Manusia terlalu agongkan kepandaian akal ciptaan Allah untuk melawan wahyu Allah. 

Pada hakikatnya Allah berikan akal untuk memahami wahyu Allah dan ditaati. Menggunakan kebijaksaan akal mengkaji undang-undang Allah untuk diikuti sebagai garis panduan  dan dilaksanakan dalam kehidupan dan bernegara. 

Bukan menggunakan akal hingga pecah untuk menggubal undang-undang baru akal manusia , yang sah lawan Allah, atas dasar kebebasan (freedom), seronok ( hedonism), dan kemanusiaan  (humanism/human wright) , sehingga lahir fahaman lgbt dan virus covid -19.

Di satu sudut yang lain ada ramalan mengatakan kebocoran makmal biologi China penyebab covid - 19 , dan tabiat mereka  makan semua binatang larangan Allah, yang berbisa dan berbahaya kepada manusia , itulah puncanya lahir virus ini.


Sudut yang lain pula pertelagahan dan ego manusia China dan Amerika yang berbangga dengan kepakaran sains dan ramainya saintis, gergasi ekonomi dunia, dan membunuh jiwa tidak berdosa Palestin , Syria, Uighur , inilah balanya dari Pemilik alam ini. 

____________________

Negeri Sadoom Allah lingkup hingga kini tiada hayat yang mampu hidup, digelar laut mati, semua makhluk mati kerana angkara durjana manusia, Allah matikan laut dan negeri itu. 

Kata Allah , 

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.


Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!






Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat;








Otak manusia


Manusia dan haiwan semunya ada otak, tetapi manusia ada otak dan akal , haiwan tiada akal. Akal inilah yang perlu diisi dengan ilmu wahyu.

_________________________
Angkara manusia 

Masihkah kau ingat, kedatangan babi hutan yang menggila di Melaka sedikit masa dulu, apakah yang dibawa oleh babi itu ?  Adakah babi hutan itu membawa kenyamanan?

Pencemaran sungai dengan bahan toksid sisa buangan , dari bahan-bahan kimia yang tidak mudah lupus , malah akan keluar menjadi racun kepada air dan udara. 

Kegilaan baru manusia membina hotel dan restoran di dalam laut, pinggir laut, tampa sistem kumbahan yang betul, kesannya laut tercemar.

Kegilaan manusia menarah gunung, mengejar keuntungan dan laba dinar ,  kesannya air sungai bertukar warna oren dari warna fitrah air laut dan sungai kebiruan, kehijauan dan putih jernih. 



Sampah dari manusia , hidupan laut  mangsa


Apa jadi dengan ikan, dan kehidupan laut? Sedangkan sungai dan laut adalah sumber rezeki makhluk Allah , manusia , haiwan dan tanaman adalah pusingan hayat yang saling perlu memerlukan, kerana asal manusia dari tanah.




Jika sumber air tercemar manusia masih mampu mencipta tapisan air, bagaimana dengan ikan?

______________________
Kata Allah 

Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.

(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
_____________________
Ibrah/pengajaran 

Kepada pesalah yang merosakkan alam samada sungai, laut, udara, tanah , kembalilah bertaubat, jika sekali pun anda terlepas dengan undang-undang dan hukuman dunia, soal kubur wajib berlaku. 


Kenapa bala turun dalam bentuk virus-covid? Tidak hujan batu seperti kaum terdahulu ? 

Jawapan kerana umat nabi Muhammad s.a.w diberikan al Quran kitab sumber ilmu , dan banyak ayat-ayat mengenai sains dalam al Quran dan wahyu pertama ialah arahan Allah bacalah olehmu.

Ayat-ayat sains yang mengingatkan aturan Allah itu pada kadar yang tetap , air yang turun dari langit itu telah disediakan lautan, laut , sungai , paya , gunung, dan pokok-pokok untuk menerima tadahan air hujan.

Manusia yang Allah cipta bersifat lupa,jahil dan bodoh sombong, teruja dengan dinar dan emas telah merosakkan sistem Allah Taala. 

Allah juga mengingatkan kita yang paling takut kepada Allah adalah ulama' .

______________________

Dalam tempoh wabak ini, banyakkanlah istighfar, berdoa, munajat , muhasabah, tadarrus, tadabbur al Quran serta patuhi arahan .

Hentikan sikap buruk dan keji salahkan orang yang sedang buat kerja, jika tidak mahu jadi garam, jangan jadi langau.

Mencari kelemahan dan kesalahan orang yang sedang bekerja dan memimpin sampai kiamat tidak habis. Yang Allah suruh , ialah membantu menampung kekurangan , membantu menguatkan yang lemah, dan menolong menyempurnakan yang kurang sempurna.

Semakin banyak tekanan , tohmahan, kritikan , ejekan dan kacau ganggu yang anda lahirkan sebenarnya anda sedang menzahirkan kepada dunia tahap akal anda, tahap akhlak anda , tahap ilmu anda, dan tahap kesihatan emosi dan perasaan anda. 

_____________________

Manusia banyak kelemahan dan kekurangan hanya Allah Yang Maha Sempurna. Atas sebab itulah membawa kesejahteraan kepada negara dan umat adalah tugas semua manusia sebagai khalifah samada sebagai umat atau sebagai pemimpin.

__________________

Cintai alam ini kerana Allah cipta untuk manusia.

Kata Allah

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Allah berfirman: 

"Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
(Al-Baqarah 2:33)


____________________

Mencegah lebih baik dari merawat. Apabila ditimpa sakit rawat dan ubatilah. Setiap penyakit ada ubatnya, Allah penyembuh sebenar ._______________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU, MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585

Wednesday, 18 March 2020

Info sifu ikan

Kaedah cuci kolam 

Semasa menukar air, jangan buang habis, hanya 20% atau 50 % supaya bakteria yang bekerja untuk jernihkan air tidak dikeluarkan semuanya.

Jika bakteria ini bekerja dan setia, kolam kita akan jernih, sebab ia akan makan bahan buangan dari ikan puyu. Inilah pusingan alam sunnatullah , masing-masing makhluk ciptaan Ilahi saling bergantungan dan bekerjasama. Yang penting kerjasama , menjaga alam , kerana alam ini rumah kita. Rosak alam rosak kita. 

Selain itu mungkin juga ada telur ikan dalam air tersebut, atau rega (anak ikan yang baru menetas, lebih kecil dari jejentik nyamuk)




______________________

Kita semua makhluk bernyawa Allah cipta dari air.


Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
(Al-Anbiyaa' 21:30

________________

Tazkirah korner 

Menjaga kebersihan udara dan air adalah tanggungjawab kita semua. Mengotorkan air sungai dan laut adalah merugikan kita kerana dari airlah sumber rezeki kita secara percuma . Tempat berenang dan mencari ketenangan di tepi laut dengan hembusan bayu lembut. Penulis akan dapat ilham .


Peranan ulama' bukan sahaja makmurkan masjid juga makmurkan alam sekitar , dan jadi khalifah jaga bumi.

Rosak  muka bumi , udara , air angkara golongan kafir takabbur lawan Allah , rasa terlajak pandai dan rasa alam ini dia yang punya.

Ulama' jadi khalifah jaga alam sekitar pemilihan yang tepat, sebab bukan nak cipta alam baru, tetapi nak buat polisi dan dasar jaga alam dan tindakan undang-undang kepada perosak alam. 

Akta Allah Taala dah lama ada dalam al Quran. 

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Islam memimpin umat selamat alam selamat. 

Kepada kalangan yang mentertawakan peranan ulama' elok segera istighfar dan bertaubat, hanya pintu taubat terbuka kini, pintu lain semua dah tutup akibat covid19, teguran dari Allah, kerana maksiat banyak.

___________________

PUSAT DAGANGAN PULAI , KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU , MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3585

PERNIAGAAN INI MILIK MELAYU MUSLIM