Wednesday, 3 June 2020

Bot kawalan jauh

Bot kawalan jauh mampu milik
______________________
LAMAN ILMU WAHYU 



Kita wajib menolong agama Allah dalam setiap sudut kehidupan kita. Janji Allah jika kamu menolong agama Allah, Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu.

Perjuangan memerlukan orang yang istiqamah dan tetap pendirian, bukan seperti lalang ditiup angin. Pejuang yang pentingkan diri sendiri akan mencari dahan yang lebat buahnya untuk memuaskan nafsu serakahnya tanpa pedulikan dosa dan pahala. 
____________________
Kata Allah , 

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAIMPANTAI 77300, MERLIMAU , MELAKA 

Monday, 1 June 2020

4 sekawan

Hang Tuah mempunyai 5 sekawan, tetapi hari ini orang tersohor dengan 4 sekawan . Siapa 4 sekawan? Ha ha , 4 sekawan iaitu 

Buah pelaga
Bunga cengkih
Kulit kayu manis

Bunga lawang 

__________________________



Kegunaan rempah 4 sekawan ini adalah untuk menumis semua jenis nasi seperti nasi minyak, nasi beriani, nasi Arab, nasi Bukhari, nasi kuning dan sebagainya.

Untuk membuat rempah sup juga dan ditambah dengan rempah lain seperti jintan putih, jintan manis, ketumbar , buah keras jika suka.




Jintan putih

Jintan manis
Ketumbar

Mudahnya memasak.

_______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI - 003021717-M
KM. 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA 



Sunday, 31 May 2020

Ustaz Azhar - Panduan Memilih Calon Pasangan Hidup.wmv



Pernikahan Paling Berkat - Ustaz Azhar Idrus Official




___________________________


Musim PKPB ada rahmat dengan adanya kemudahan akad nikah di negeri Kedah, kerajaan baru PN.

Tiada kursus perkahwinan hanya temuduga ringkas. Rebutlah peluang ini bagi yang ada hasrat untuk tamatkan zaman bujang dan mendirikan rumah tangga yang rahmat dan mawaddah.

Rahmat akad nikah kini musim PKPB  , dapat jimatkan beberapa belanja
1. Belanja sewa dewan perkahwinan rm1,500.00
2. Belanja jamuan rm5,000.00
3. Belanja mak andam rm1,500.00
4. Belanja jurugambar rm1,500.00
5. Belanja dejay dan kareokay rm1,500.00
6. Belanja sewa homestay untuk bakal besan 
7. Belanja dulang hantaran 
8. Belanja kursus perkahwinan 
9. Belanja lain-lain 

______________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA 



Ustaz Azhar Idrus ~ Pengorbanan Seorang Isteri Zaman dulu VS Isteri Moden


Belajar dari Asma' binti  Sayydina Abu Bakar 

  • Anak jutawan berkahwin dengan orang miskin sahabat nabi s.a.w
  • Sentiasa rasa cukup, yakni syukur dan qana'ah
  • Menjaga perusahaan Zubair, ternakan dan pertanian 
  • Membuat semua kerja rumah berat dan ringan , membelah kayu api 
  • Membantu suami dari segi kewangan sunat bukan wajib

____________________