Thursday, 13 October 2022

Jihad politik

 

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat".


(Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. 


Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

(An-Nisaa' 4:77


*********

Allah paparkan perangai keluh kesah manusia. Bila semua rakyat hendak pilihan raya bulan Julai, mereka desak dan paksa hendak sekarang.


Bila telah diisytihar saat berjihad politik, ramai pula beralasan, umur sudah tua, nak berehat sahaja, takut bincang tajuk politik yang berat, terkena serangan jantung, bergaduh, masam muka, tu hujah longgar dan tidak tepat mereka.


Mereka menganggap mengundi tidak penting, memberi pencerahan kepada kalangan atas pagar, bagi mereka mencetuskan balah.

Begitulah akal yang dangkal, yang tidak mampu fikir wahyu, dosa, pahala, dan alam ghaib, bahawa selepas mati hanya amal yang dibawa.


Jika kita biarkan kuasa politik ke tangan pihak kuffar, apa yang boleh kita jawab dalam alam barzakh.


*****

No comments:

Post a Comment