Thursday, 13 October 2022

Nyawa kita di tangan Allah

 

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. 


Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

(An-Nisaa' 4:78


************

Perangai manusia serupa dari dulu, kini dan selamanya, suka salahkan orang lain di atas nasib malang mereka. Mereka mendabik dada kesenangan adalah usaha mereka yang bijak, mereka lupa bahawa nyawa kita di tangan Allah.


Allah menjelaskan bahawa mati kerana ajal, bukan kerana berperang, yang mereka benci dan takut berjihad.

No comments:

Post a Comment