Wednesday, 12 October 2022

Koleksi dalil dalam memilih pemimpin

 1. Surah al Baqarah/166, 247

2. Surah Ali Imran/ 118,149

3. Surah An Nisa'/58,59, 139

4. Surah al Maidah /48,49,51

5. Surah Al A'raf/ 3, 30

6. Surah Al Haj/41

7. Surah As Sajdah/24,25

8.Surah al Ahzab/67,68

9.Surah Saba'/ 31.32,33. 


**************

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.


**************

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka:


 "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. 


Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" 


Nabi mereka berkata:" 


Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". 


Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.


*********
Ibrah dan pengajaran dari kisah ini , sesuai sepanjang zaman, kerana perangai manusia sama sahaja. Oleh sebab itu al Quran adalah kitab pedoman kepada manusia dalam berpolitik dan bernegara.

**********

Wahai orang-orang yang beriman! 


Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). 


Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. 


Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. 


Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. 


Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.


(A-li'Imraan 3:118

************
A149

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.


**********
Allah ingatkan kita bahawa orang dalam dan orang kepercayaan kita mestilah orang yang beriman. Orang bukan Islam hanya sebagai rakan biasa sahaja dalam kehidupan dan bermasyarakat majmuk, seperti acuan nabi saw di Madinah.

**********

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. 

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. 

Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

************
Tugas menjadi pemimpin adalah amanah Allah kepada segolongan umat yang layak dan ahli dalam bidang tersebut. Menyerahkan amanah kepada yang bukan ahli, tunggulah saat kebinasaannya. 

Menyerahkan kuasa politik Islam kepada orang yang tidak faham ad din, syariat Islam tidak dapat didaulatkan. Memerintah negara dan mengurusnya hendaklah dengan panduan ad din.

*************

A059


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. 


Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. 


Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(An-Nisaa' 4:59)

************
Pengajarannya Islam adalah penyelesaian semua masalah umat dalam hal politik, ekonomi dan sosial. Cukuplah sudah kita mengambil ideologi dan falsafah Barat dalam mengurus umat, kerana ternyata gagal dan banyak masalah timbul kerana tiada roh dosa pahala , seperti dalam ad din .

Gejala negatif yang timbul apabila kepimpinan tidak membangun bersama Islam, bersama syariat Islam:

1. Korupsi , rasuah tinggi
2. Ekonomi umat lemah
3. Akhlak umat rapuh
4. Lgbtq mula tumbuh subur
5. Umat lemah jiwa 

************



A139


(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. 


Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).


*************
Pengajarannya , jangan cari kemuliaan dan kekuatan dengan orang kafir, carilah kemuliaan dengan Islam. Walau pun kamu teruja dengan harta kekayaan mereka. 

Kelalaian dan kecuaian pimpinan kita, menjadikan kita miskin di tanah air sendiri. Sebab itulah Islam menekankan sangat memilih pemimpin ada masa fardhu kifayah ada masa menjadi fardhu ain. 

Mengundi bukan perkara main-main.

Yakinlah bahawa Islam menjadikan bangsa dan umat mulia dan perkasa seperti Tun Perak di Melaka sebelum tahun1511 Masehi, pelabuhan dagang antara bangsa. Empayar Turki terbentuk dari kerajaan Champa hingga ke Temasik, Acheh, Jawa, Sumatera, Borneo, Kalimantan dan seluruh Nusantara.

Sistem undang-undang laut Islam, undang-undang Pelabuhan , undang-undang dagang semuanya adalah berpandukan al Quran yang adil.


**************
*Jangan boikot mengundi
*Jangan anggap undi anda tidak penting
*Jangan rasa selesa , dan enggan turun mengundi, hanya fokus ibadat khusus
* Jangan baca kitab fekah sahaja, baca juga kitab politik, Imam -imam tasauf adalah juga Imam politik
* Jangan tinggal ilmu politik 
*Mantapkan rukun iman , jangan rasa cukup dan selesa dengan amal rukun Islam sahaja
*Rukun iman berkait dengan keyakinan diri kita kepada akhirat dan takdir, baru hadir rasa insaf kepada nasib bangsa, negara dan Islam
*Belajar dari kejatuhan kerajaan Andalus, umat Islam dibunuh oleh Ferdinand dan Isabela

************
A048




Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. 


Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. 


Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). 


Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. 


Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.



***********

A049




Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. 


Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.


************

A051


Wahai orang-orang yang beriman! 


Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. 


Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.


************
Awas dengan musuh akidah kita iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani.

Ketika kejatuhan kerajaan Islam  Andalusia di Sepanyol, ramai daripada umat Islam dibunuh oleh Ferdinand dan Isabela.

Kejatuhan Andalus pada tahun 1492 Masehi dan dibuka oleh Tariq bin Ziyad pada tahun 711Masehi.

Kejatuhan tamadun kerana rebutan kuasa dan perpecahan, setelah berdaulat selama 800 tahun.

***********

A003


(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad):

 "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".




***********
Manusia suka menyembah selain dari Allah seperti menyembah syaitan, menyembah sesama manusia dan menyembah harta.

Inilah punca kerosakan akidah manusia samada secara sedar mahu pun tidak sedar.

***********


A030



Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. 


Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.

(Al-A'raaf 7:30)


*************

Manusia sering kali tersesat jalan kerana menjadikan jin dan syaitan sebagai sesembahan untuk mendapat pertolongan. Mereka terpedaya kerana licik syaitan dan jin menipu manusia , kerana telah berazam untuk perdaya manusia dan menemaninya di dalam neraka. Hal ini terjadi akibat dendam dan hasad kepada nabi Adam a.s.

Rugilah manusia yang tidak yakin kepada al Quran dan terus menjadikan syaitan sebagai pemimpin.Syaitan ada dua jenis, syaitan betul dan syaitan manusia.

*************

A041

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. 


Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.


*************

Keupayaan umat dan pimpinan melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar akan memberikan kesejahteraan dan kemakmurana kepada negara dan masyarakat.

Kegagalan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan ancaman undang-undang Allah, maka maksiat dan jenayah berkembang dan subur dalam umat dan negara.

Apabila hal ini berlaku dan terjadi, rahmat Allah tidak lagi turun ke dalam masyarakat tersebut.

Antara tanda negara hilang keberkatan ialah:
1. Kadar jenayah dan maksiat tinggi dalam umat dan negara
2. Musuh tidak gerun
3. Penjenayah dan penjahat tidak gerun
4. Umat juga turut bersalah, bukan sahaja pimpinan, kerana umat turut redha dengan kemungkaran yang berkembang kerana tidak mahu bertugas mencegah mungkar. Diam dan melarikan diri ketika umat sedang tertindas adalah sikap tidak bijak dan penakut
5. Jihad politik wajib disuburkan dalam umat dan negara demi mendaulatkan Islam. Jika kita gagal dan tidak mahu ambil peduli nasib umat dan negara, tunggulah saat kehancurannya di tangan musuh.

************


















                  


















 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN





No comments:

Post a Comment