Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
**********
Bekalan kepada penyeru agama Allah, jika orang tidak menerima seruan kita, usah gundah gulana, kembali sahaja kepada Allah.
Bersyukur kita termasuk dalam kalangan yang dipilih Allah, memahami wahyu dan harakah Islamiah.
Sabar dan redha dengan kerenah umat yang masih belum dipilih. Salah satu faktor yang melunturkan semangat jihad mereka kerana berada dalam zon yang selesa, suka ria dan senang lenang. Mereka enggan dan tidak gemar untuk memerah otak memikirkan masalah ad din, umat , negara dan bangsa. Bagi mereka , keselesaan hidup, mudah untuk makan, sihat , sudah sangat cukup dan memadai. Sayang mereka lupa kepada perjuangan membela ad din.
********
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA
ADMIN
No comments:
Post a Comment