Sunday, 28 November 2021

Kaedah pemindahan kolam

Mengikut sifu ikan , melalui blog yang ditelusuri, kaedah pemindahan ikan, terbaik ialah dengan meletakkan bakul ke dalam kolam dan ikan keluar dengan sendirinya , lebih menjamin ikan selamat dan tidak mudah mati. 

Kaedah ini juga wajar digunakan untuk pemindahan anak benih ikan. Kaedah curah dari atas tidak begitu sesuai untuk keselamatan dan rahim kepada haiwan. 

_______________

Islam telah menunjukkan kaedah ini melalui ayat,


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

(Al-An'aam 6:38


Oleh kerana haiwan umat seperti kita, menyantuninya adalah dituntut. Haiwan juga merasa sakit seperti kita, haiwan juga lapar seperti kita, haiwan perlu dimatikan dulu sebelum disiang supaya tidak termasuk ke dalam kategori menyeksa haiwan. 


__________________________

                             PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment