Thursday, 2 December 2021

Mati sebab pindah kolam

Pengalaman kami , mendapati ikan betok mudah mati kerana faktor perpindahan kolam. Pertukaran persekitran air kolam yang berbeza juga boleh akibatkan kematian dalam skala yang besar. Kolam tanah yang sejuk dan berlumpur,  merupakan persekitaran  asal ikan betok . Ikan cepat membesar dan segar. Apabila  dipindahkan ke kolam simen, amat tidak sesuai kerana perbezaan air , suhu , dan persekitaran. 

Faktor lain ialah kemungkinan ikan betok cedera sewaktu pemindahan dilakukan. Luka di badan terkena pipinya yang tajam  , sewaktu perpindahan, kerana ikan betok apabila rasa terancam menggunakan senjata ini.Pipi ini juga dibuka sebagai kaki untuk berjalan , ketika berhijrah ke tebing sungai lain. 


Ikan betok dipanggil dengan nama ikan yang memanjat tebing. Ikan betok akan berhijrah apabila ia mendengar bunyi kocakan air di luar. Oleh sebab itu ketika musim hujan dan banjir, kita dapati banyak ikan betok akan keluar dari sungai, kolam, paya, rawa. Ini adalah gejala biasa bagi pengkaji ikan betok.

Ikan betok berasal dari India, Afrika dan Australia, sebab itu kita lihat pasaran ikan betok di Malaysia dari kalangan warga asing. Ikan betok dijual untuk dimakan di pasaraya CF Semenyih, pasar borong Selangor, pasar malam Taman Cheras Jaya dan lain-lain .

Luka pada badannya sukar sembuh. Akhirnya mati. 


Ikan betok juga akan membuat lompatan sewaktu berada dalam tangki yang kecil, sempit dan terkurung. Ini dikira keadaan dan suasana ancaman bagi ikan betok. Kekuatan ikan betok ketika ini luar biasa, kerana mampu menolak penutup tong biru ikan  , jika tidak ditutup dengan sempurna. 

Selain mampu berjalan dengan pipinya yang keras dan tajam , ada dua cara ikan betok berjalan, dengan pipinya yang tajam , ia akan berjalan secara mengiring dan menggunakan sirip sisinyanya yang keras dan tajam , sebagai kaki. 

________________________

                                    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment