Retox ialah proses merebus makanan yang telah dibungkus dengan suhu tertentu bertujuan tahan lama sehingga dua tahun. Banyak kursus dianjurkan, sila layari blog atau u tube, untuk mempelajarinya. Pembekal periuk retox juga ada menganjurkan tutorial untuk menjalankan proses ini.
Kelebihan proses retox ialah pengeluaran barangan makanan kita lebih mudah dibawa, simpan, dan boleh menembusi pasaraya dan pasar mini.
Proses ini sesuai untuk masakan ikan betok/puyu kerana ramai yang susah untuk dapatkan bekalannya yang segar dan baik, susah untuk menyiangnya dan juga tidak tahu kaedah memasak yang terbaik dan terenak.
Kaedah ini juga dapat mengembalikan nostalgia silam masakan orang dulu-dulu, ketika sawah penuh dengan padi dan ikan puyu sebagai hasil sampingan.
Kajian sains pemakanan menyebut, bijirin padi adalah yang terbaik dan sesuai untuk makanan orang Nusantara.
Sementara ikan puyu pula telah dikenal pasti oleh generasi nenek moyang kita sebagai berkhasiat untuk kesihatan. Lendirnya yang banyak itu , di situlah tersimpan rahsia alam pemakanan.
__________
Maha Kayanya Allah, membekalkan makanan untuk kita tidak pernah putus.
Masakan acar hijau ikan betok sangat tersohor di Melaka, khususnya Kampung Pulai , di kalangan keluarga yang memiliki sawah padi. Mengikut penceritaan masyarakat di sini , ketika hari menuai merupakan pesta . Begitu juga aktiviti menangkap ikan betok juga merupakan pesta. Indahnya kehidupan tepi sawah nenek moyang kita, dengan lautan sawah yang menguning, bayu desa yang menghembus lembut, semuanya nikmat dari Pencipta.
_____________________________
Malang dan sedihnya dasar negara bumi hijau telah ditukar dan ditelan kepada dasar industri, memberi kesan besar kepada tanah sawah nenek moyang yang kaya raya terbiar kaku dan lesu. Beribu hektar, terbiar tanpa hasil mahsul.
Sistem saliran tali air yang membekalkan jutaan benih hidupan laut dikotori dan dimusnahkan oleh tangan yang tidak bertanggung jawab.
_____________________________
Jika penduduk negeri itu beriman aku tambah nikmatnya .
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
_____________
Analisa kami
Peminat ikan betok biasanya dari Daerah Jasin, Alor Gajah, Kampung Bukit Rambai, Tanjung Bidara, Linggi, Tanjung Keling, Klebang, Tambak Paya, Bukit Meta, Bukit Larang , Paya Tanjung , Bukit Tembakau , Solok Gaung , Ayer Molek , Sebatu , Batu Gajah , Telok Emas , Serkam , Permatang pasir, Merlimau , Sungai mati, Muar dan banyak lagi.
Penduduk Negeri Sembilan juga peminat ikan betok, dengan jenis masakan gulai lemak cili api.
Retox adalah proses yang digunakan di kilang-kilang , namun begitu kini telah dibuat secara kecilan untuk kegunaan peribadi dan perusahaan di rumah.
____________
________
Retox boleh menggunakan bungkusan botol kaca, plastik , dan tin.
____________
Seribu langkah bermula dengan satu langkah mula. Allah memberi mengikut usaha dan upaya kita.
_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
No comments:
Post a Comment