Wednesday, 10 June 2020

Label Melayu malas dari mana?

Nusantara dijajah kerana mereka tidak dapat jatuhkan Kerajaan Uthmaniah di Turki. Apabila kuasa penjajah dapat tahu Nusantara adalah sayap Kerajaan Turki Uthmaniah, terus mereka datang untuk patahkan sayap tersebut.

Selain dari itu , mereka mendapat tahu bahawa Semenanjung Tanah Melayu di Gunung Ledang banyak emas. Mereka datang dengan 3 G, gold, glory dan gospel .

Kini mereka menguasai media , mula menjajah pemikiran umat dengan 3M, Money, Media dan Machinary .

Jadi dari segi sejarah, setelah mereka jajah dan kuasai politik kita, mereka rampas hasil bumi dan cuba menjadikan orang Melayu kuli di estate kita yang mereka rampas.

Nenak moyang kita yang kuat pegangan agama, terus berjuang melawan penjajah, menolak tawaran mereka menjadi pekerja ,  dan sanggup lari masuk hutan dan pedalaman, asalkan tidak menjadi kuli penjajah yang merampas tanah air mereka.

Penjajah naik marah dan geram , terpaksa bawa kuli dari tanah besar China dan benua India. Bertolak dari sinilah untuk zahirkan kemarahan mereka , mereka mula hina orang Melayu yang kuat pegang prinsip Islam, sebagai Melayu malas.

Kini ayat ini diulang, kerana tidak suka melihat orang Melayu mula bersatu atas asas Islam . 

Apabila mereka tidak dapat pulas telinga orang Melayu mereka ambil cara penjajah gelarkan Melayu malas, miskin. Sedangkan Melayu miskin kerana harta mereka dirampas.

Pekerjaan orang Melayu adalah penoreh getah, bangun sebelum subuh , ke kebun menoreh. Malaskah mereka?

Pekerjaan orang Melayu nelayan ke laut dalam waktu tengah malam hingga dinihari di tengah gelombang. malaskah mereka? 


Orang Melayu menanam padi sendiri, tumbuk sendiri, hingga boleh makan nasi, malaskah mereka?

Menggunakan tulang 4 kerat ke tahap paling maksima. Jika ada pun bantuan kerbau di sawah. 

Ulasan pembenci Melayu dan penjajah tidak ada yang indah. Hanya pendita mengeluarkan mutiara dari mulut mereka.

Biarkan anjing terus menyalak, musafir tetap meneruskan perjalanan hingga ke tempat tujuan.

____________________
Kata Allah 
mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


__________________






No comments:

Post a Comment