Monday, 8 June 2020

Koboi Mesia


Beza koboi Mesia hanya berselipar jepun. ha ha ha

Ubi kayu hybrid (kacukan atau cantuman dua jenis pokok) yang memang hybrid. Setiap pokok akan tumbuh 3 atau 5 cabang atau dahan, kesannya bila angin kuat mudah untuk sekah(patah).

Namun begitu ubi kayu paling mudah tumbuh, pacak sahaja, 6 bulan dapat hasil, lumayan sedap. Saintis mendapati ubi kayu banyak khasiat berkaitan pencegahan penyakit kanser.

Ubi kayu mungkin boleh digoreng dan disalut tepung seperti kentang wedges , supaya sesuai selera terkini.


Gambar -gambar dari jurufoto di lokasi pada 10/05/2020 (PKP)

Kelebihan ubi kayu hidbrid, satu pokok hingga 6 batang
boleh tumbuh , menjadi serumpun , macam serai pulak ,
ubi kayu asal hanya sebatang sahaja setiap pokok 


Dahan 3 cabang mudah sekah (patah ) sebab berat ,
sebatang pokok tidak mampu menampung
cabang dahan yang banyak 

Apabila manusia mencipta , hybrid, ubi kayu,
 pokok agak tidak seimbang kerana batang yang kecil
 tidak mampu menampung 3 dahan yang besar .
Kuasa angin mudah menumbangkannya. 

Angin dari laut Pantai Siring agak kuat .


Isinya lembut dan sedap. Kulitnya agak licin dari ubi kayu asal .

________________________
Sejarah ubi kayu 

Seperti biji kopi, ubi kayu juga berasal dari Amerika Selatan, tetapi kini tumbuh di seluruh dunia. Indonesia memanggilnya singkong. 

Penggunaan paling banyak adalah untuk membuat MSG.Tepung kanji juga dari ubi kayu, Indonesia memanggilnya tepung tapioca.




10 minggu air kolam puyu tidak ditukar dan dirawat , semasa wabak covid-19.Ujian Allah dalam musibah ada rahmat Allah.

Hasil penelitian dan kajian kami, pokok air keladi bunting, kelihatan kuning , kering dan tidak subur. Ini kerana kolam dinaungi pokok ubi , jadi cahaya matahari tidak sampai. 

Benarlah wahyu Allah dan kajian sains, matahari sumber untuk pokok buat makanan . Setelah dua hari dapat cahaya matahari, air dicuci dan dirawat, daun kembali bermaya dan hijau.





Besarnya kuasa Allah, memberi kita nikmat dengan cahaya matahari dan air untuk kita hidup. 




____________________
Kata Allah

Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?
___________________________

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.


________________________

Tadabbur ayat 

Kenapa saintis dan pembikin filem dokumentari, menyediakan kelengkapan canggih lagi tinggi teknologi hanya untuk rakaman kejadian Allah ; alam tanaman dan tumbuhan. Dalam masa yang sama, akal dangkal mereka mengatakan alam yang indah dan unik ini pula terjadi secara semulajadi. Sedangkan filem hebat mereka , ada pembikinnya. 

Di manakah logik akal ?

Allah mengajak kita merenung dan berfikir, alam sebagai tanda nyata dan mukjizat al Quran sebagai tanda ghaib  untuk mengenal Pencipta kita dan alam ini.
________________________



Cara mudah cabut ubi kayu ialah dengan membuang dulu semua daun dan batangnya, tinggal selama sehari, kemudian mudah untuk kita honggah dan cabut, kerana pokok sudah lemah , ketiadaan daun untuk membuat makanan, pokok kebulur agaknya. ha ha ha



Pada 05/06/2020 Jumaat = 13 Syawal 1441 , dengan borang kebenaran polis dapatlah uruskan perniagaan pusat dagangan ,  setelah 10 minggu berkurung .

_________________________
Mengisi masa terluag  PKP &PKPB

Selama 10 minggu berkurung siaplah beberapa buah bot kayu dengan bantuan pembelian atas talian. 

Tunggu sedikit hari lagi akan dilancarkan di kolam PDP dengan menggunakan layar, kembali ke asal, belayar dengan kuasa angin.

Ayuh kita belayar di kolam PDP , sebagai aktiviti santai , selepas 'Asar . Anda boleh memilih untuk belayar dengan bot kawalan jauh, meluncur , atau dengan kapal layar mengembalikan keagongan nenek moyang kita di zaman silam , menjelajah dunia dengan kapal layar.

Sejarah merakamkan orang Islam dan orang Melayu Nusantara antara pelayar terkemuka dunia. Mereka amat mahir menggunakan laut sebagai sumber rezeki dan jalan perhubungan mengelilingi dunia. 

___________________
Kata Allah, 

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).

________________________
Ilmu pelayaran di kalangan orang Islam berkembang dari ilmu wahyu Allah yang menjelaskan tentang penggunaan bintang dalam ilmu Falak. 

Al Quran mendahului sains dan banyak ayat-ayat al Quran berkaitan sains . Malangnya ramai yang mengkaji alam tetapi masih belum terjumpa Penciptanya. Benarlah bahawa hidayah itu milik Allah.

Iman adalah sebesar-besar nikmat kepada kita. Beruntunglah kita yang dilahirkan beriman , walau pun iman warisan masih lagi kita mendapat nikmat terbesar. 

______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU MELAKA

ADMIN



No comments:

Post a Comment