Monday, 8 June 2020

Perasmian dan percubaan bot





Cara bawa , gohed gostan, kiri kanan untuk u turn. 

Jom kita riadhah santai, pandu laju bot luncur. Meluncur di kolam PDP, selepas PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). 

Stok bot juga ada dijual di kedai kami.

Kami menyediakan banyak bangku tempat duduk untuk memandu bot laju di kolam PDP. 



Percubaan litar  dan bot di hari kedua . Al Hamdulillah semua baik dan bagus. 

Satu-satunya kolam litar bot kawalan jauh di kampung Pulai, Merlimau, Melaka. Rugi tak cuba. Jom kita riadhah santai sambil mematuhi SOP PKPP (sop perintah kawalan pergerakan pemulihan .

Musim kanak-kanak tidak ke sekolah , berikan mereka peluang mencuba memandu bot luncur kawalan jauh. Faedah paling ketara ialah dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti santai dan menyeronokkan .

Kini tambahan satu lagi aktiviti di samping memanah, ping pong dan memandu bot kawalan jauh. Kepada pelanggan kami Ma'ahad Tahfiz untuk sukan memanah, anda boleh mencuba memandu bot kawalan jauh.

Ini sesuai dengan usia kanak-kanak untuk melatih mereka cekap dan mahir bermain bot kawalan jauh serta berdaya saing. 

Litar kolam PDP satu-satunya yang unggul menyediakan kemudahan permainan bot kawalan jauh dan tempat parking yang selesa. Jika anda berminat untuk duduk lama bersantai, kami menyediakan juga dua buah homestay.

Selepas 09/06/2020 jom ramai-ramai ke litar bot pdp. Anda juga boleh menikmati asam pedas ikan jenahak dan ikan bakar di sekitar Kampung Pulai dan Serkam.

Buat sementara waktu operasi hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.



____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA

No comments:

Post a Comment