Saturday, 13 June 2020

Harta Pusaka

PDP pejabat urusan harta pusaka menerima tetamu yang berhasrat menyelesaikan masalah harta pusaka pada jam 6.00 petang, 06/06/2020, Sabtu , setelah 10 minggu tutup operasi kerana PKP(Perintah Kawalan Pergerakan).

__________________
1. Soalan , kenapa harta pusaka perlu difaraidkan?
Jawapan : Urusan pembahagian harta pusaka wajib dibuat kerana perintah Allah, sila rujuk surah An Nisa'/ayat 1-16.

**************
Kata Allah,  
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. 

Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. 

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. 

Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. 

Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. 

Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. 

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. 

lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu 

(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


********************
2. Soalan , jika tidak buat dan dibiarkan nama si mati atau nama pentadbir apa salahnya?
Jawapan: Salah dari segi hukum Allah , berdosa sila lihat surah an nisa'/10. Balasan orang yang makan harta anak yatim , tidak boleh diampunkan kecuali oleh orang yang punya harta tersebut.

************
Kata Allah dalil 
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.


***************

3. Soalan, tanah kecil, waris ramai , macam mana nak buat. 
Jawapan, setiap masalah , Allah janjikan ada dua jalan keluar, jika kita sukar faham dan tidak mampu selesaikan , sila lantik orang tengah; samada  peguam, perunding cara atau waris yang faham.Jika tidak diselesaikan di atas dunia, di akhirat lagi rumit sebab tidak hapus kira walaupun masa yang lama. 

Ini kerana sebahagian waris akan mendakwa, kisah lama, tidak perlu diungkit. Maksudnya sapu sampah, simpan diam-diam bawah karpet, kata pepatah omputih. 

Sepatutnya sampah terus disapu dan dibuang ke tong sampah dan dibawa ke tempat pelupusan sampah, ha ha ha

Wajib diungkit supaya yang bersalah dapat betulkan kesilapan, minta halal, pulangkan balik harta yang terambil dan bertaubat nasuha serta berterus terang dengan waris.

Akhirat adalah hari penyesalan dan bukan hari perkiraan .Dunia tempat perkiraan dan hisab diri sendiri.


*******************
Kata Allah 
Dan pada masa itu sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim (kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain) itu mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah ia rela menebus dirinya dengan semuanya itu (dari azab yang akan menimpanya); dan mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa manakala mereka melihat azab itu; dan Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan dianiaya dengan keputusan itu.

*******************
Prinsip istiqamah bersama syariat Islam , tidak menipu dalam harta pusaka dan tidak boleh ditipu, sebab menipu itu haram dan ditipu itu bodoh . 

******************
Akidah Islam menjadikan minda kita dinamik dan tidak jumud .

**********************
Hala tuju akidah dan syariat Islam itu jelas halal dan haramnya , tidak patut kita hanyut dalam gelombang yang diharungi .

*********************
Jangan biarkan diri kita ditipu dalam kacamata (spek) berwarna dalam memahami hukum faraid sehingga kita tidak nampak warna asal hukum faraid itu hukum Allah yang wajib ditunaikan , sebagai tanggungjawab pengurusan harta pusaka. 

*********************
Sesat dalam akal yang dangkal atau kotak akal


  • Ada di kalangan orang Islam yang mengeluh kononnya kesian orang perempuan , dapat setengah sahaja daripada harta pusaka , lelaki dapat 1 bahagian. 
  • Harta suami saya , saya yang penat bekerja keluar subuh balik malam dan menguruskan urusan rumah tangga pula, kenapa ibu bapanya  pula mesti dapat bahagian 1/6 daripada harta peninggalan suami saya ? 


Keluhan ini secara tidak sedar kita telah merendahkan hukum Allah ayat 11 dari surah An Nisa'.

Jika keluhan itu lahir dari kejahilan, maka dosanya ialah dosa  jahil. 


*********************
4. Soalan, selama ini saya yang bayar cukai, urus kebun, guna tenaga dan duit saya seorang sahaja.

Jawapan, kemukakan bil , adakan mesyuarat dan jelaskan hakikat, jika tanah kecil, yang berminat boleh ambil tanah dan yang tidak berminat boleh jual tanah. Melantik orang tengah paling baik kerana isu harta pusaka isu rumit dan sensitif. Orang tengah yang menjelas dan menerangkan lebih mudah diterima oleh waris yang lain. 

5. Soalan apa maksud pentadbir? 

Jawapan, temui kami di pejabat urusan harta pusaka di bangunan PDP, setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Setiap urusan mesti disertakan dokumen, jika tanpa dokumen , anda tidak dapat kami bantu.

*************************

Jangan tangguh dan simpan harta pusaka, hadis nabi s.a.w. supaya disegerakan , untuk waris menikmati harta pusaka dan tidak berlaku kematian , waris berlapis.

Kebun getah

Kebun sawit

*************************
Salah faham dalam mentafsirkan harta pusaka

1. Soalan , kenapa perlu disegerakan pengiraan harta pusaka ? 

Jawapan untuk menyelesaikan hutang simati supaya roh tidak tersangkut di bumi, di tanah kubur selagi hutang tidak dilangsaikan . Kedua untuk menunaikan amanah Allah harta pusaka adalah milik waris terutama anak yatim yang bawah umur untuk meneruskan kehidupan.

Anggapan salah 

Menyegerakan pengiraan harta pusaka dituduh mata duitan adalah ajaran sesat.

Ini kerana jika kita termakan harta anak yatim adalah dosa besar.Dalam isu memahami hukum Allah alasan dan logik akal dikemudiankan, syariat didulukan.

*****************


TEMUI KAMI DI PDP, KAMI MEMPUNYAI KEPAKARAN MENGURUSKAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA SELAMA LEBIH 30 TAHUN.


____________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

No comments:

Post a Comment