Tuesday, 24 March 2020

Latihan bayangan di rumah


Bagi pelatih memanah , kini pusat latihan ditutup mengikut arahan PKP, namun anda masih boleh berlatih dalam rumah tanpa alatan.


Mulakan dengan memanaskan badan dan tutup dengan sejukkan badan. 


Panas dan sejukkan badan selama 10 minit  sahaja 


 Faedah panas dan sejukkan badan :


  • Elakkan kecederaan 
  • Elakkan dari menggunakan otot-otot secara mengejut
  • Peluh baik untuk keluarkan toksid dan keracunan dari badan 
  • Sejukkan badan  secara semulajadi dengan berjalan-jalan  dan jangan terus duduk
  • Lakukan dengan senyum 
________________________

Gaya memanah

Boleh dikatakan semua sukan seperti badminton dan  ping pong ada gaya tersendiri. Begitu juga memanah ada gaya berdiri,  memegang busur, anak panah , gaya sangat penting diikuti dan dibiasakan supaya panahan kita tepat dan mengenai sasaran .

Sesetengah pelatih malu untuk membuat gaya yang betul dan memandang remeh bahawa gaya tidak penting. Gaya yang betul dan tepat adalah salah satu faktor kejayaan anda untuk mendapat panahan yang tepat.

Berhenti sekejap , sehingga yakin baru lepaskan anak panah  . Mulakan dengan bersedia, tarik , tunggu beberapa detik untuk dapatkan keyakinan dan lepaskan .

Memanah mendidik kita tenang , fokus (khusyu') , berani membuat keputusan , merendah diri / tawadhu' dan yakin diri.
__________________________
Semasa latihan memanah pelatih hendaklah menumpukan kepada ketepatan bukan jarak. Jarak permulaan ialah 15 kaki sahaja.



Ketepatan didulukan dari ghairah mencuba jarak yang jauh


Setelah anda mahir dan tepat memanah , barulah dianjak secara perlahan-lahan sebanyak 5 kaki untuk satu anjakan, iaitu 15 kaki, 20 kaki, 25 kaki dan 30kaki.

Kemahiran anda memanah dengan tepat ke dalam kawasan berwarna kuning yang mempunyai 10 mata , barulah mudah untuk pindah ke jarak yang lain secara beransur-ansur.

________________

Bagaimana nak tahu kita telah mahir dan menguasai teknik memanah dengan baik?

Ukuran mahir ialah setelah anda melakukan setiap pergerakan tanpa perlu berfikir lagi. Contohnya anda tidak perlu berfikir lama untuk mengambil kedudukan dengan letak kaki dan badan.


Sekiranya anda masih teragak-agak dan terkial-kial untuk duduk di posisi yang betul , mengambil masa yang lama untuk berfikir, ini bererti anda masih belum mahir dan menguasai cara berdiri .


Begitu juga memegang busur, memasukkan anak panah ke tali busur, menarik dan melepaskan .


Jika anda dapat lakukan dengan cekap, tertib, tenang , yakin dan seronok, beerti anda telah mahir, menguasai kaedah /teknik memanah dengan betul. 


"Latihan menjadikan anda pakar."

Untuk menguasai sesuatu kemahiran dan kepandaian anda perlukan 


  • kesungguhan
  • matlamat yang jelas 
  • azam 
  • minat 
  • istiqamah  
  • masa  
  • tenaga  
  • berfikiran positif 
  • kuat dan bijak untuk menentang cabaran   
  • dan kewangan yang cukup


Jika anda gagal memenuhi syarat di atas , kemahiran dan kejayaan dalam latihan memanah hanya tinggal impian dan ilusi sahaja.

___________________________
Latihan bayangan 

Percubaan anda untuk memulakan latihan dengan jarak 30 kaki terus adalah sia-sia kerana anda gagal mempelajari ketepatan  memanah .

Gaya ini perlu dilatih selalu supaya kita mahir dan tidak kekok. Kemahiran menguasai gaya adalah salah satu cara mudah untuk mahir setiap sukan.

Contohnya dalam sukan memanah, pelatih masih boleh lakukan gerakan atau gaya memanah secara bayangan (shadow).

Lakukan  langkah,
1. Berdiri seperti solat
2. Lakukan gaya memegang busur panah
3. Lakukan seperti memasukkan anak panah ke busurnya (knocking)
4. Halakan anak panah ke bawah seperti kita memegang senapang hala ke bawah  


Menggayakan anak panah hala ke bawah 

5. Angkat busur dengan halakan anak panah ke atas (ke l



Menggayakan tangan naik ke atas dulu sebelum ke posisi sebenar 

6. Tarik semula ke kedudukan asal untuk memanah menghala ke target butt


Kedudukan sebenar untuk melepaskan anak panah

7. Gayakan tarikan


Murid tahun 5 

8. Lepaskan anak panah , setelah kita yakin 


Ulang gaya ini secara bayangan, apabila anda turun ke litar memanah sebenar , amat mudah bagi anda untuk menguasai.


Ini dapat menjimatkan masa berbayar anda di litar, kerana anda telah mahir dengan melakukan kerja rumah, iaitu latihan bayangan.


Selamat berlatih sehingga anda mahir. 


"Latihan menjadikan anda pakar."

************

"Memanah dapat dijadikan senjata pertahanan diri "
"Memanah dapat dijadikan aktiviti riadhah sihat"
" Semua orang boleh memanah bermula seawal usia 5 tahun"





Litar sebelum disiapkan 

Litar yang dah disiapkan 
Ada 4 litar , maksudnya dalam satu masa 
empat pelatih boleh memanah 
___________________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585


No comments:

Post a Comment