Thursday, 24 March 2022

Logik akal anak nabi Nuh a.s.

 

Anaknya menjawab:


 "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". 


Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". 


Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.

(Hud 11:43

_________________________

Bukan semua orang dapat memahami wahyu al Quran, kecuali orang yang Allah berikah petunjuk dan hidayah. Ramai dari kita menggunakan logik akal dahulu, seperti anak nabi Nuh a.s. bahawa gunung yang tinggi boleh selamatkan dia.

Namun begitu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya, semua yang ingkar arahan Allah dan nabi Nuh a.s. semuanya tenggelam banjir.

Hari ini pun kita melihat perkara yang sama , logik akal tetap menjadi sanjungan manusia, dan memandang orang yang berfikir dengan panduan wahyu seperti tidak bijak , tidak maju dan tidak bertamadun. 


Timbullah istilah "lobai-lobai,"  sebagai satu kejian dan pandangan rendah mereka kepada orang yang menggunakan panduan wahyu dalam berfikir dan bertindak.

Sedangkan logik akal lebih rendah dari panduan wahyu, kerana logik akal hanya melihat dengan mata lendir, berfikir dengan rasa dan fikiran , andaian sendiri, fikiran sendiri, sedangkan berfikir dengan panduan dan bimbingan wahyu memancarkan dengan jelas bahawa " 'ain basyirah " atau mata hati kita terang dan jelas, dengan panduan ilmu , hidayah Allah, sehingga boleh melihat syurga dan neraka, dosa dan pahala.

Barulah manusia menjadi manusia beriman yang berakhlak mulia dan istiqamah seperti Firman Allah , 




Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; 

kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?

(Hud 11:24)

__________________

Kini ada satu golongan lagi yang Islam dari segi baka keturunan tetapi tetap menolak ilmu wahyu kerana  faktor kejahilan ilmu wahyu, maka tidak tumbuh rasa cinta kepada perkara yang mereka tidak kenal, dan menjadi musuh kepada perkara yang mereka tidak kenal. Pada hari ini kita istilahkan mereka sebagai kalangan sekular dan liberal.

Kelahiran sekular adalah sekali dengan gerakan penjajahan yang melebarkan sayap Kristianisasi kesan dari perang salib dan kejatuhan kerajaan Islam Cordova , Sepanyol ,  dan terakhir kejatuhan Uthmaniyah dan Kesultanan Melaka.


Pertembungan ini terus akan berlaga sehinggalah mereka kembali kepada wahyu. Hati manusia dalam genggaman Allah sebagai Pencipta kita, bukan dalam genggaman kita . Mulut-mulut kita tidak mampu memadamkan dan melumpuhkan cahaya agama Allah terus bersinar hingga kiamat. 


Buktinya Firaun yang membunuh semua bayi lelaki demi mengekalkan kuasa dan kekayaannya, akhirnya tenggelam dalam Laut Merah dengan doa nabi Musa a.s. dan kuasa Allah. 





"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".

(Ad-Dukhaan 44:24



Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).

(Az-Zukhruf 43:55


___________________________


                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

No comments:

Post a Comment