Friday, 25 March 2022

Hati, mata dan telinga

 



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), 


dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) 


dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); 


mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Al-A'raaf 7:179

__________________________

Hati , mata, dan telinga ada dua peranan,  iaitu merasa, melihat dan mendengar secara zahir dan satu lagi mata hati yang dapat melihat perkara ghaib seperti syurga neraka, seksa kubur, dosa pahala, kekuasaan Allah dan semua perkara ghaib.


Allah menegaskan jika hati, mata dan telinga manusia tidak menitis hidayah dan ilmu wahyu, maka jadilah manusia lebih hina dari binatang ternakan. 


Nilai dan harga diri manusia terletak kepada iman dan taqwa, jika tidak ada iman dan taqwa lahirlah akhlak yang rendah dan hina.


Semua agama mengajar manusia moral yang baik. Apa beza moral orang kafir yang baik dengan akhlak Islam? Moral hanya dinilai baik oleh manusia di atas muka bumi, di akhirat tiada balasan pahala dan syurga kerana tidak beriman. 


Ideologi komunis tiada tuhan, atheis tiada tuhan, jadi mereka tiada panduan dan halangan dalam bertindak. Maka lahirlah fahaman bebas demi kebebasan manusia sehingga manusia jatuh ke jurang kesesatan yang dalam. Mereka berhakim dan berhukum dengan selera akal dan nafsu. Inilah yang Allah istilahkan mereka lebih hina dan rendah dari binatang.

_______________________

                                PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

No comments:

Post a Comment