Friday, 25 March 2022

Suasana ahli syurga dan neraka

 

Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata:


 "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". 


Mereka menjawab:


 "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim".

(Al-A'raaf 7:44

___________________________

Balasan kepada orang-orang yang zalim, samada menzalimi diri sendiri dan menzalimi orang lain ialah celaka di dunia, maksudnya Allah melaknat di dunia, dan celaka di hari akhirat, celaka ialah menerima balasan neraka.


Mungkin kita berkata, orang zalim tidak dapat apa-apa balasan selama di dunia ini, bahkan mereka lebih kaya, lebih berjaya dan lebih berkuasa, lebih ramai pengikut, kenapa terjadi begitu?

Jawapannya Allah ingin menguji mereka dengan kederhakaannya kepada Allah, Allah gandakan nikmat dunia bertujuan untuk lebih melalaikan mereka dengan istilah istidraj.

Mereka gagal mendapat hidayah dan petunjuk Allah seperti Namrud, Firaun, Haman, Qarun dan Kaisar Rom dan Farsi.

Sama juga pada hari ini pemuka kafir tetap angkuh dan takabbur. Menumpang di planet bumi Allah tetapi lupa menyembah Allah, sebaliknya menjdaikan duit dan kekayaan sebagai Tuhan seperti dalam ajaran Das Capital, ideologi komunis, yang menafikan tuhan. 

_________________________

                               PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

No comments:

Post a Comment