Tuesday, 1 March 2022

Ucapan yang baik

 


Maksudnya:

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.


_________________

Pokok yang baik akarnya akan mengeluarkan buah yang baik , segar dan manis.  Allah bandingkan begitulah kata-kata yang baik lahir dari hati sanubari dan pemikiran yang baik, bersih, bijak dan berilmu wahyu.

Bercakap di khalayak lebih dituntut untuk menggunakan bahasa yang baik, sopan , suci, dan berilmu wahyu , bukan nafsu yang rendah, kejahilan dan nafsu ammarah dan baran. 

Islam agama yang mengajar adab dan akhlak. Al Quran adalah akhlak nabi s.a.w. , maka wajar kita menteladani nabi s.a.w., bukan netizan yang berkembang biak sekarang seperti cendawan tumbuh dengan bahasa yang rendah nilai akhlak Islamnya. Bahasa yang kesat, buruk, porno, tidak berdisiplin ilmu, adalah seperti titisan racun menitis ke akal dan hati kita. 

Kajian sains mengatakan kata-kata yang tajam, kesat, kasar, jelik dan porno , apabila ditujukan kepada seseorang boleh menyebabkan hormon baik dalam badan kita menurun, dan boleh menyebabkan kita sakit.

Marilah kita amalkan bercakap dengan panduan wahyu penuh adab, hemah dan kebijaksanaan wahyu kerana semua anggota dan organ kita akan dihisab nanti di depan allah s.w.t.

Adab dan aturan bercakap di khalayak ramai tidak menggunakan misalan yang kotor, cemar dan jijik . Pilihlah  perkataan yang harmoni , tinggi nilai bahasanya  dan mulia. 

Bayangkan jika kita bercakap di screen tv yang ditayang di kedai makan, ketika kita menyuap rezeki ke mulut , tetiba terdengar kalimat dan perkataan yang kotor dan cemar, tidakkah meloyakan tekak dan membunuh selera kita? 

Fikir-fikirkanlah.....,

Indahnya bahasa orang lama, jika nak menunaikan qadha' hajat , disebutnya hendak ke sungai. 

Kenapa bahasa mereka indah dan tinggi nilai akhlaknya , kerana mereka dipandu dengan ilmu wahyu. Kehidupan dulu-dulu ,  akhlak utama dan pertama, sementara penilaian harta paling bawah mengikut penilaian Islam.

Ilmu pertama yang diajar ialah ilmu wahyu dari segi akidah dan pegangan hidup.

____________________

                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 




___________________
                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 

No comments:

Post a Comment