Friday, 4 March 2022

Ucapan YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari- Ketua Pemuda PN Di majlis pelancara...


Undi itu penting untuk menentukan pemimpin yang baik dan bertanggung jawab, amanah, jujur dan baik serta beriman.

Allah suka kita berubah ke arah baik setiap, hari, jadi sudah 60 tahun kita diurus tadbir oleh kerajaan lama, sila ubah kepada kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) .  Bijak yang sebenarnya ialah yang mengambil al Quran sebagai panduan hidup dan mati .  

Ayat politik sangat banyak dalam al Quran, jadi kenapa kita baca al Quran , tetapi tidak memilih pemimpin yang ingin membangunkan negara dan politik dengan wahyu?  

Akal sahaja tidak cukup , akal mesti dipandu oleh wahyu, jika akal di pandu oleh nafsu yang rendah, jahat, jahil, rakus , tamak , haloba , lawan Allah dan Rasul, maka musnahlah kehidupan kita, Allah sebut kita menzalimi diri kita sendiri di dunia dan akhirat.

Jangan benci politik kerana politik sebahagian dari Islam .  Benci hanya untuk pemimpin politik yang menolak Allah dan Rasul , menolak peraturan dan undang-undangNya . 

Jika kita hanya nak syahadah ,  solat , puasa, zakat, haji dan umrah sahaja, tinggalkan politik kepada orang yang rakus, Islam kita belum sempurna. 

Cari redha Allah dalam berpolitik bukan redha manusia. Tujuannya untuk kita menyusun semula keadaan politik dengan panduan wahyu, ekonomi dengan panduan wahyu, sosial dengan panduan wahyu.

Jangan ambil Fekah sahaja, batal solat, batal puasa, batal iman kena peka dan cakna juga. Penjajah telah framekan kepada kita , supaya tinggalkan politik dan ekonomi dan perdayakan kita supaya berzikir sahaja.  

Mereka baham ladang kita, dan berikan kita dua tiga batang pokok getah ,  gi main jauh. Maka hiduplah kita dalam kemiskinan yang amat dahsyat. Mereka kaya raya. Merekalah yang membuat kita merempat di bumi kita sendiri. 

Semuanya kerana salah mengundi. Jadi sila betulkan undi anda, jika tidak tahu tanyalah orang yang tahu, jangan fanatik dan ta'asub kepada pemimpin, ini sifat jahiliyyah yang nabi s.a.w. telah hapuskan. Ingatlah Allah yang hidupkan dan matikan kita, Allah juga yang beri kita rezeki, ikhlas dan yakin dengan kuasa Allah.

Sedangkan ahli zikir sahaja , mendapat naungan Allah di mahsyar pada tangga ketujuh, dan pejuang politik Islam, mendapat naungan Allah di tangga pertama .  Sedangkan  zikir, selawat dan mengaji al Quran , menuntut ilmu wahyu adalah sumber kekuatan dalaman ahli politik. 

Jika rohani lemah, secara otomatik jiwa, minda dan jasad kita turut lemah. Jiwa lemah ialah jiwa yang tidak kuat menghadapai cabaran politik yang amat dahsyat, dimaki, persenda, perlekeh, malukan , aibkan, fitnah , ugut, takutkan, tekan, spekulasi , dan pelbagai cabaran .

Wujudnya fahaman sekular, politik suku, agama suku adalah tinggalan penjajah yang dipahat di minda umat kita sejak tahun1511 Masehi. Mereka datang dengan 3 g, emas, kejayaan dan gospel. 

Kesannya kekayaan kita dikaut habis, negara dijajah , agama dirosakkan. Mereka gagal mengkristiankan kita, menjadikan kita sekular pun sudah cukup bagi mereka kerana mereka hasad dengan nikmat allah kepada orang Islam, iaitu nikmat rezeki dan petunjuk .

Mereka hendak kita sesat seperti mereka, kerana syaitan ada dua, syaitan betul yang hendak kita masuk neraka bersama mereka dan syaitan manusia yang berusaha memurtadkan kita. 

Mereka tahu al Quran , solat, zakat, haji adalah sumber  senjata dan kekuatan kita . Asbab itu mereka menjauhkan kita dari al Quran dan membutakan kita dari memahami al Quran . Kita bangga dengan pemikiran mereka yang sesat , sesat yang jauh, ibarat hendak ke Johor bharu, tersesat hingga ke Kota Bharu, samapi kiamat tidak jumpa jika tidak ambil kembali  petunjuk ( "waze" )
Quran




_______
                      PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 

No comments:

Post a Comment