Tok Guru Tan Sri Hadi sering ingatkan kita, dalam perjuangan jangan layan dan terkesan dengan ejekan musuh yang bertujuan melemahkan kita. Musuh adalah musuh, mana ada musuh baik, oleh itu wasiat beliau;
" Biarkan anjing menyalak , musafir teruskan perjalanan".
Jika kita beramal dan ingat wasiat ini, tiada masa kita yang dibazirkan dengan melayan propaganda musuh. Melayannya melemahkan jiwa dan akal kita, jadi teruskan langkah.
Masa itu emas, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali yang beriman.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Al-Maaidah 5:54)
___________________________
: \\ PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA
No comments:
Post a Comment