Sunday, 10 April 2022

Peribadi pemimpin yang angkuh takabbur

 

Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).

(Ad-Dukhaan 44:31


_________________________

Allah rakamkan dalam al Quran contoh peribadi pemimpin yang angkuh dan takabbur kerana tewas dengan ujian nikmat kuasa dan harta yang Allah pinjamkan sekejap selama di dunia. Melalui kuasa raja dan kerajaan Firaun menindas dan berlaku kejam kepada rakyatnya iaitu Bani Israil. 

Semua bayi lelaki dibunuh, dan dibiarkan hidup anak perempuan demi mempertahankan hayat kuasanya supaya tidak ada yang mencabarnya di masa depan . Tindakan Firaun adalah atas ramalan ahli nujum yang dibayar dan diupah dengan lumayan dan diberikan pangkat serta kedudukan paling rapat dengannya.

Allah balas Firaun dan tenteranya tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa a.s dan pengikutnya. 

Firaunlah pengasas pemikiran matlamat menghalalkan cara. Matlamat untuk berkuasa hingga ke hujung nyawa , Firaun sanggup berlaku kejam dengan membunuh bayi lelaki. Pemikiran ini disambung dan dipuja serta dikembangkan oleh pemikir Barat pada tahun 1400M.  

Malangnya pada hari ini orang Islam sendiri yang menganut pemikiran ini kerana kejahilan dalam mengerti ilmu dan panduan wahyu.

Kepincangan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial adalah kerana salah memilih acuan dan panduan. Acuan  dan petunjuk Allah dibuang dan diganti dengan akal manusia yang lemah dan dangkal apabila tiada panduan wahyu. 

Kita bijak kerana bimbingan wahyu, kita jahil bahasa Melayu kata bodoh kerana membuang wahyu  iaitu bandingannya seperti applikasi waze, petunjuk jalan. Buang petunjuk kita akan sesat, sesat yang jauh, sesat dalam akal, sesat dalam nafsu egois.

_______________________________

Sebagai pemimpin , contohnya pemimpin masyarakat kampung, kita mesti sentiasa sedar, bahawa kita adalah pemegang amanah kuasa , atas pilihan rakyat dalam pilihanraya dan undian , bukan mutlak berkuasa. 

Oleh kerana itu pemimpin harus mendengar hasil keputusan mesyuarat bersama jawatankuasa yang dilantik, bersama rakyat , bukan apabila keputusan mesyuarat tidak selari dengan selera, citarasa, kehendak , keinginan dan rancangan hati kita, sewenang-wenangnya kita kuburkan ahli mesyuarat lama dan tukaq baru, dengan kumpulan pilihan dari kroni kita, sehati sejiwa dengan kita, "yes man kita" seperti iklan tilam , "tilam lama tukaq baru".


Kata lirik lagu Pak Pandir, ada akal pakai, ....


_________________________________

                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

No comments:

Post a Comment