Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
___________________
Zulkarnain adalah pemimpin yang tersohor dalam sejarah umat dan dirakam dalam al Quran .
Ramai yang bertanya, siapa Iskandar Zulkarnain. Jawap ahli tafsir yang nak difokus bukan tokoh tetapi makna rohaniah yang al Quran hendak sampaikan iaitu perbandingan raja yang beriman dan raja zalim seperti Firaun untuk iktibar dan panduan pemimpin kemudian.
Walau bagaimana pun ahli tafsir terus menghuraikan siapa Zulkarnian. Terdapat banyak pandangan tentangnya di kalangan ahli tafsir dan sejarah antaranya:
1. Baginda adalah raja yang ada dua tanduk, mungkin maksud dua negara timur dan barat di bawah pengaruhnya.
2. Tanduk lambang raja besar ,masa itu.
3. Ramai yang berpendapat Iskandar Zulkarnain adalah Iskandar Agung, Raja Yunani Purba pada tahun 356 sm hingga 323 s.m. Mati ketika berusia 33 tahun. Pendapat lain baginda adalah raja negeri Parsi termasuk di dalamnya seluruh Asia Barat, Mesir, Asia Tengah, Afghanistan, dan kawasan Punjab. Baginda menyebar pengaruh politik hingga ke Afrika dan membuka Kota Iskandariah , penuh dengan pengaruh budaya Yunani. Raja Macedonia ini tidak semua ahli tafsir setuju sebagai iskandar dalam surah al Kahfi.
4. Ahli tafsir ada yang kata Iskandar dalam surah al Kahfi adalah , bukan Iskandar Agung , tetapi sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s. , zaman pra-sejarah, yakni sebelum sejarah. Iskandar Agung seorang musyrik, puja dewa, yang banyak kesan di Mesir dan India. Iskandar dalam surah al Kahfi, raja yang beriman.
5. Raja Himyar zaman pra sejarah dari Negeri Yaman, tidak banyak maklumat.
6. Iskandar Agung meninggal lebih dari tiga abad sebelum Nabi Isa a.s
7. Iskandar Agung murid Aristotle
Petikan daripada, Al Quran al karim, terjemahan dan huraian , jilid 3, oleh Maulana Abdullah Yusuf Ali, terjemahan Muhammad Uthman el Muhammadi ,DBP, 1993.
______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM. 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA
Admin
No comments:
Post a Comment