Saturday, 9 April 2022

Peranan pemimpin

 

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

(Al-Ahzaab 33:67


________________________________

Peranan pemimpin sangat besar kesannya ke atas pembentukan akidah dan iman umat manusia. Bermula dari pemimpin keluarga, tugas ibu bapa yang mencorakkan anak mereka samada hendak jadikan, Majusi, Nasrani dan Islam.


Pemimpin syarikat , pertubuhan , masyarakat , parti politik, ke mana arah dan matlamat , haluan gerakan mereka? Samada matlamat dunia sahaja atau sampai ke akhirat mengadap Ilahi dengan amal soleh? Atau sekadar mendapat sanjungan di dunia sahaja? Fikirkanlah, bertanyalah kepada orang yang fakih ...


Pemimpin masyarakat yang wajib membangun dan membina tamadun umat dengan panduan al Quran , bukan akal semata-mata . Tanpa bimbingan al Quran dan hadis nabi saw akal manusia akan sesat dalam akal, dan merasa diri hebat , bijak dan pandai, sehingga terlupa dan ingkar kepada takdir, ketetapan ,  ketentuan  dan hukum Allah, sebagai musafir di bumi Allah ini.


Mereka bebas berkehendak dan berkeinginan tanpa peduli batas dan larangan Allah kerana seronok dengan nikmat yang Allah uji , dengan mendakwa semuanya kerana kepandaian mereka. 

Mereka lupa diri mereka Allah yang jadikan dan mati akan menemui Allah. Seperti Firaun yang mengaku dirinya tuhan dan mendakwa sungai mengalir di bawah kekuasaannya. Inilah sebesar-besar kesesatan dalam hidup apabila mendakwa dan mengaku diri sendiri tuhan. 

__________________

                                      PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

No comments:

Post a Comment