Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
_________________________
Al Quran adalah kitab yang benar, datangnya dari Allah, bukan ciptaan manusia. Turunya secara beransur-ansur, ketika umat Islam sedang menangis kerana mempertahanakn agama Allah, hijrah dari Mekah ke Madinah kerana diseksa oleh kafir Quraisy, berperang seperti Badar dan Uhud .
Sebab itulah al Quran adalah ubat hati yang gundah, penuh dengan panduan, motivasi jiwa, roh dan akal. Nabi saw membaca surah Hud dan Ad Dukhan setiap hari kerana banyak panduan dan bimbingan dari Allah ketika diejek, disiksa, ditekan dan ditindas oleh musuh agama Allah.
Para nabi dan rasul menghadapi perkara yang sama iaitu tentangan manusia yang ingkar, kerana enggan beriman dengan Allah.
_____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM. 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA
Admin
No comments:
Post a Comment