Sunday, 21 November 2021

Ikan betok boleh lemas

Ikan betok boleh lemas sekiranya air sedikit semasa melakukan perpindahan. Lendir yang banyak keluar kerana ikan betok merasa terancam, boleh menyebabkan lemas. 


Badan ikan betok yang luka juga boleh menyebabkan ia mati. Ini kerana dalam suasana ikan betok merasa terancam akibat perpindahan, ia akan mengembangkan duri iaitu sirip atas belakang dan bawah badannya.




Sebab itu jika salah cara bawa ikan puyu semasa perpindahan boleh menyebabkan mati kesemuanya 200 kilogram , lebih kurang seribu ekor lebih. 


Bayangkan ikan puyu yang saiznya  200 gram seekor yakni 5 ekor sekilo , semua boleh mati dalam masa sebulan lebih.


Mengikut orang yang berpengalaman menternak dan menganjurkan kursus ternakan ikan, sebabnya seperti di atas, andaian pertama, luka dan air yang sedikit lemas dalam lendir kerana muatan terlalu padat dalam tong deram pe poly.


Seruan kami kepada penternak muda, ikan puyu sila berhati-hati, usah berkira dengan kos pengangkutan , janji ikan yang dibawa selamat . 

Tangki pe poly yang agak bersaiz sederhana dengan muatan yang berpatutan dapat menjamin ikan tidak luka dan lemas. 



___________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment