Thursday, 25 November 2021

Garam dan kegunaannya

Garam banyak gunanya selain dapat menjadikan ikan tahan lama seperti ikan masin ,  garam juga boleh digunakan untuk kurantin ikan puyu di dalam tangki selama 3 hari sebelum dipindahkan ke kolam lain.

________________________________

Semasa perpindahan ikan puyu boleh diberikan pelali iaitu dengan memasukkan cengkih ke dalam tangki ikan. Walau pun ikan puyu lasak, tetapi apabila salah cara pembawaan ketika perpindahan kolam, boleh menyebabkan mati dalam jumlah yang banyak.

__________________________________

Ikan puyu kena diisi dengan air yang banyak ke dalam tangki semasa perpindahan dilakukan supaya tidak lemas dengan lendir , apabila muatan berlebihan tidak seimbang nisbah  air dan ikan. 

Habitat ikan puyu apabila terasa diri terancam, akan mengeluarkan lendir yang banyak sebagai perlindungan diri. Duri sirip belakang dan bawah , pipinya yang tajam , juga dibuka kembang , akibatnya, ikan puyu akan mengalami luka badan. Luka ini sukar sembuh, dan boleh menyebabkan kematian.


                         

_________________________________

Pagi ini jam 11.00 pagi Jumaat 26/11/2021, kami dikunjungi oleh pegawai perikanan , Ketua Cawangan Pembangunan Akuakultur , Pejabat Perikanan Negeri Melaka,  dari Batu Berendam , Melaka , Puan Siti Rabi'atul Adawiyyah dan crew. 


Itulah sedikit info yang dikongsikan mengenai ikan puyu , iaitu cengkih ubat pelali, garam untuk ikan bersihkan dirinya  dan air hendaklah dijaga kandungan amonia jangan berlebihan. 

Terima kasih atas perkongsian info.


_______________________________________

                                           PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment