Friday, 26 November 2021

Ternakan April 2021

Ternakan pada 10/04/2021

Tuaian pada 21/08/2021

______________________________

Ikan betok atau puyu , mudah diternak, kerana puyu ikan lasak, boleh hidup di paya buatan dengan syarat kita menjaga sistem aliran air supaya  amonia dari najisnya tidak mencemari air. 

Sistem tapisan menggunakan pam rendam boleh digunakan supaya air tidak mati, tetapi ada arus air. Kotak penapis dari fiber seperti dalam gambar di bawah boleh digunakan, dengan sentiasa menukar dan membasuh kapas tapisan. 

Keladak pada tapisan itu adalah baja yang baik bagi tanaman dan membantu menumbuhkan akar tanaman dengan cepat.  Tanaman cepat berbuah dan rasanya amat manis.

Baja asli ini juga memberikan warna yang menarik, seperti rumput yang hijau . 

_________________________________

Cabaran

Cabaran di sini ialah bau yang hanyir dan bau paya , mesti didepani oleh penternak. 

Air yang sentiasa ditukar, membantu ikan puyu segar dan kuat makan. Ini membantu ikan cepat besar , walau pun di kolam simen.


Ia berbeza dengan kolam tanah yang ada keasliannya dalam proses alam semulajadi. 



Kotak tapisan air berwarna biru dengan menggunakan pam rendam 

_____________________________

                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment