Al Quran merakamkan gelagat orang yang suka berteriak sebagai suara himar.
Kata Allah
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
(Luqman 31:19)______________
Langkah gagah panglima Islam berbeza dengan langkah megah Arab Jahiliyyah kafir Quraisy. Langkah gagah panglima Islam adalah bersama Allah menegakkan kebenaran. Orang mukmin yang kuat lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah dan longlai.
Langkah lemah dan longlai bukan langkah orang yang zuhud kerana zuhud itu di hati , bukan pada langkah kita.Nabi s.a.w adalah seorang panglima perang, mustahil nabi berjalan dengan langkah yang longlai dan lemah gemalai.
Cara nabi s.a.w. berjalan adalah seperti menuruni bukit, maksud lajunya, dan memang kebiasaan orang Arab berjalan laju.
Anjuran nabi s.a.w. ialah ajarlah anak kamu berenang, memanah dan berkuda, kerana semua sukan ini memerlukan daya tahan badan yang kuat.
Memanah bagi remaja adalah menarik kekuatan beban 18 kilogram dan bagi dewasa lebih dari itu, sila lihat pada busur panah.
Berenang pula memerlukan tarikan nafas dan tubuh badan yang kuat dan sihat.
Berkuda paling kuat penggunaan tenaga, atas sebab inilah mereka yang gagah dan kuat adalah sebahagian cara mencegah penyakit. Bagaimana pun penyakit juga dalam keadaan yang lain adalah ketentuan Allah.
Sementara langkah angkuh dan megah kafir Quraisy adalah melawan Allah dan Rasul.
______________________
Seburuk-buruk suara adalah suara himar atau kaldai, bandingan Allah tentang suara teriakan melawan Allah dan Rasul ketika Islam diturunkan. Suara sebegini masih kedengaran pada hari ini dalam melawan untuk bengkokkan jalan menuju Allah dan mendaulatkan syariat Allah.
Suara ini berbeza dengan suara gagah seruan para daie menegakkan kalimah Allah. Suara azan perlu didendangkan dengan merdu dan kuat supaya seruan iu sampai kepada umat untuk solat, dan tinggalkan urusan dunia sekejap. Hari ini orang bandingkan solat seperti kita mengecas bateri, maksudnya untuk sembah Allah dan hikmatnya dapat kesihatan yang baik .
______________
Gelagat hari ini teriakan di tempat dan keadaan yang tidak sesuai apalagi di dalam mesyuarat terbesar dan terpenting negara, tidak lebih hanya kacau ganggu.
Tujuannya untuk huru harakan keadaan, hilangkan kestabilan para pemimpin untuk susun dan urus negara. Menghilangkan kestabilan dan ketenangan akal dan fikiran adalah kerja syaitan, syaitan ada dua jenis, syaitan manusia dan syaitan betul.
Tujuannya supaya masa dapat dibazirkan dan akal tidak dapat berfikir dengan baik , apalagi ditekan dan tertekan, kecuali orang yang beriman sentiasa tenang. Solusinya kuatkan ketahanan rohani untuk hadapai rintangan perjuangan, menegakkan yang hak.
Suara syaitan amat menakutkan , boleh kita lihat dalam kejadian histeria, meroyan , amukan dan kerasukan. Suara yang keluar dari halkum kita bukan lagi suara manusia biasa(norma). Syaitan mudah masuk ke badan kita dengan jalan marah yang melampau , dendam dan kusumat.
_____________
Kata Allah
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
_________
Tadabbur ayat
Kebijaksanaan berbahas bukan teriakan tetapi fakta yang bernas dan benar.
Teriakan tidak lebih hanya sebuah kerasukan syaitan tanpa kita sedar.
Kata Allah dalam ayat di atas mereka(syaitan) nampak kita dalam keadaan kita tidak nampak mereka. Musuh yang nampak kita akan menang, kita yang tidak nampak musuh akan kalah. Hanya orang yang beriman nampak syaitan dan tipu dayanya , yang ghaib dengan ilmu yang yakin, bukan dengan mata lendir, dan ilmu yang hakikat dengan mata hati.
____________
Kata Allah
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
______________
Ketika nabi Ibrahim a.s. hendak menyembelih nabi Ismail, a.s. atas arahan Allah s.w.t. syaitan terus menghasut dan menggoda baginda.
Nabi Ibrahim a.s. terkenal seorang nabi yang sangat bijak dan Allah namakan sebagai kekasih Allah(khalil).
_______________
Mari kita sama-sama betulkan cara berfikir dan bertindak kita supaya selari dengan kehendak Allah dari al Quran.Jangan lawan Allah, kerana makan rezeki Allah dan kita diam di bumi Allah.
Kita milik Allah yang akan dipanggil balik pada bila-bila masa mengikut ketentuan Allah, samada kita angkuh, sombong, riak, megah atau pun manusia beriman, pasti akan mati.
Cabaran Allah 1400 tahun silam supaya kembalikan nyawa di halkum ketika nazak, hingga hari ini cabaran ini belum dapat manusia jawab. (Lihat surah al Waqiah(kiamat)Jadi siapalah kita di bumi Allah ini? Kita hanya seorang musafir cuma.
_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA
No comments:
Post a Comment