Saturday, 18 July 2020

Buat baik

LAMAN ILMU WAHYU 


Kata Allah ,




"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

_____________
Tadabbur

Betapa Allah sayangkan makhluk manusia, jika buat jahat hanya dibalas sebanding kejahatannya.

Namun manusia terus mererus buat jahat dan lawan Allah. Hati tidak kenal Pencipta dirinya dan tidak pernah mahu belajar ilmu wahyu. Meneruskan hidup dalam kejahilan tanpa pembangunan roh dan jiwa. 

Apabila diberi amaran jangan buat mungkar, akal yang dipandu nafsu terus bantah. Mereka lupa kembali menemui Allah itu pasti , samada yang taat dan derhaka.

Surah al Waqiah cabaran Allah, sila kembalikan nyawa ke halkum ketika sakratul maut, tiada seorang pakar pun hingga ke hari ini mampu menyahutnya.


__________________

Kata Allah,


Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

_____________________
Tadabbur ayat Allah 

Otak manusia - boleh dilihat dengan mata kasar, 
tetapi akal hanya nampak oleh mata hati yang dipandu wahyu 

Otak manusia 

Betapa dangkalnya akal manusia tanpa panduan wahyu dan syariat tidak kenal dirinya sendiri, apalagi Penciptanya. Oleh kerana itulah mereka sangat berani melawan Allah kerana jahil dan tidak kenal, jika sekalipun mereka kenal kerana ego dan angkuh, dari nafsu yang rendah, terus lawan Allah.

Mereka melawan Allah atas berbagai alasan , antaranya  kebebasan bersuara, hak peribadi, hak asasi manusia, hak memilih , dan segala dakwaan palsu dan sesat.

Anggapan mereka , nabi-nabi dan rasul -rasul hanya manusia biasa seperti mereka, begitu juga para ulama' waris nabi juga manusia seperti mereka. 

Bersyukurlah mereka yang diberi nikmat iman.

____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

No comments:

Post a Comment