Monday, 13 July 2020

Hati tempat ilmu

LAMAN ILMU WAHYU 




al Quran banyak menyebut ayat tentang kedegilan umat menerima kebenaran surah Luqman/7 




Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

_______________
Sikap degil umat ini seringkali menyebabkan nabi sa.w. sedih dan gundah, tetapi ditanya oleh Allah, 

Kata Allah,

Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.

_______________
Tadabbur dari ayat, kini kita berdakwah, jika manusia tolak, ingatlah bahawa tugas kita sampaikan sahaja, hidayah milik Allah.

Jadi kita tidak perlu sedih dan gundah jika seruan kita tidak dilayan umat yang degil.

Kenapa mereka menolak ilmu Allah, kerana dalam hatinya ada penyumbat, seperti botol yang ada penuutk, apabila kita mengisi air,air pasti tertumpah keluar.

Begitulah hati manusia jika tidak disediakan untuk menerima ilmu,maka ilmu tidak akan menitis ke hati.

Bacaan al Quran, ilmu yang dituntut hanya berlegar di halkum sahaja tidak menitis ke hati. Hati adalah tempat ilmu dan hidayah yang perlu disediakan sebelum hidayah jatuh.

____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

No comments:

Post a Comment