Wednesday, 27 May 2020

Syawal Bulan peperangan 2 kali

Tahun 3 Hijrah , perang Uhud berlaku dalam bulan Syawal,17 haribulan. Dendam dengan kekalahan teruk dalam perang Badar, menaikkan semangat Musyrikin Mekah untuk menyerang orang Islam di Madinah.

Belajar dari peperangan Uhud, setengah pendapat mengatakan perang Uhud ini tergantung , tiada menang , tiada kalah kerana tentera Islam tidak lari dari medan perang , malah tentera Musyrikin Mekahlah yang lari balik akhirnya.

Perang Uhud, menang kalah berselang seli. 

Cabaran dalam perang Uhud:

1. Pembelotan Abdullah bin Ubai, berjaya membawa keluar 300 tentera Uhud, atas alasan rapuh , konon nabi s.a.w. tidak menggunakan pendapat baginda sendiri untuk berperang, hakikatnya memang Abdullah bin Ubai munafik

2. Sayyidina Hamzah memang handal dan digelar singa Allah, berjaya merempuh tentera musuh , membunuh kenamaan Quraisy , tetapi pukulan curi oleh pembunuh upahan iaitu Wahsyi bin al Harb , menyebabkan syahidnya Sayyidina Hamzah . Wahsyi berselindung di belakang pokok, terus melontar lembing dari jarak dekat , terus kena perut dan terburai urat perut (usus ) antara dua kaki Sayyidina Hamzah. Sayyidina Hamzah adalah bapa saudara nabi s.a.w. dan juga saudara susuan. 

Sayyidina Hamzah, ketika  syahid, terburai perutnya dengan lontaran lembing oleh Wahsyi, kemudian datang Hindun membelah dadanya dan terus mengambil jantung dan kunyah, tetapi Allah tidak izin Hindun menelannya terus diluahkannya.

Ketika baginda nabi s.a.w. datang melihat jenazah syuhada' , baginda seperti tidak mahu benarkan ibu saudaranya Sayyidatina Safiyyah melihat mayat adiknya, namun jawapan semangat oleh Safiyyah yang mempunyai jiwa kental, pertahankan agama Allah,  nabi Allah, kata, Safiyyah, " Mengapa? Aku telah mendengar berita kematian Hamzah, saudaraku dicincang, kerana berjuang di jalan Allah. Kami redha apa yang terjadi kepadanya kerana perjuangannya .Aku akan tabah dan bersabar Insya Allah. 

3. Peranan berita palsu untuk melemahkan semangat perang tentera Islam, kononnya nabi s.a.w. telah terbunuh. Hampir melemahkan tentera Islam , tetapi berita ini berjaya didepani dengan bijaksanan dan kata-kata semangat .

4. Tidak sabar menunggu atas bukit , pasukan pemanah 50 orang, 40 orang telah turun dan melanggar arahan nabi s.a.w sebagai ketua perang, kesannya musuh dapat masuk merempuh pasukan tentera Islam

5. Musuh berdepan dengan nabi s.a.w., namun Allah selamatkan baginda dengan beberapa mukjizat dan pertolongan . Nabi s.a.w. telah memakai dua lapis baju besi, namun musuh berjaya melukakan pipi baginda , hingga tercabut gigi seri di bahagian depan dengan panahan oleh Utbah bin Abi Waqas.

6. Namun baginda nabi s.a.w tidak lari dari medan perang malah mengambil risiko tinggi untuk memanggil tentera baginda mengatur langkah, walau pun musuh mendengar panggilan itu. Inilah sifat keberanian , kebijaksanaan dan tanggung jawab baginda , tidak mudah menyerah kalah dan menyerahkan kepada takdir. 

________________
Perang Uhud menampilkan dua orang pahlawan Islam yang handal memanah iaitu Saad bin Abi Waqqas dan Talhah. Malah baginda nabi s.a.w sendiri adalah pemanah berkuda yang handal. Semasa baginda menarik tali busur panah ketika perang Uhud, kedua hujung busur patah kerana kuatnya tarikan baginda. 

_______________

Ibrah dari perang Uhud

1. Kenali musuh dari kalangan orang munafik dan mungkir janji , gunting dalam lipatan 
2. Berita palsu boleh melemahkan semangat perjuangan tentera
3. Melanggar arahan ketua , susunan tentera jadi lemah, ada pintu yang boleh diceroboh, sedangkan pertahanan awal telah mantap jaga semua arah 

________________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 00302717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA







No comments:

Post a Comment