Monday, 25 May 2020

Peristiwa Besar di bulan Syawal

Perang al Ahzab terakam dalam al Quran iaitu perang pada tahun Hijrah ke 5 pada 7 Syawal . Satu surah dinamakan surah al Ahzab. Surah yang turun di Madinah.

Perang ini juga dinamakan perang khandak (parit) kerana strategi perang ialah dengan menggali parit besar (selama 6 hari gali) , kuda tidak lepas masuk . Cadangan Salman al Farisi kerana ini cara orang Farsi berperang.

Pakatan tentera musuh 10,000 orang dari pakatan Musyrikin Mekah bersama Yahudi dan munafik  , pimpinan Abu Sufyan ,  sedangkan di Madinah, nabi s.a.w. hanya ada 3,000 orang Islam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. 

Tunas Islam yang kecil tetapi berbisa dengan rahmat dan naungan Allah.Para malaikat turun bersama ribut taufan membalun musuh Allah, musuh nabi Allah sehingga musuh kecundang dan lari menggigil  ketakutan.

Suntikan semangat orang Islam turun ke medan perang  ialah kesedihan di perang Uhud yang mengorbankan ramai syuhada'. Mengenang  kembali Perang Uhud berlaku pada 7 atau 11 Syawal tahun 3 Hijrah = 26 Mach 625 Masehi . Tempat peperangan di Bukit Uhud.

Nabi s.a.w. sangat terkesan dengan syahidnya bapa saudara baginda Sayyidina Hamzah. 

Sayyidina Hamzah memeluk Islam adalah kerana marah dengan kafir Quraisy Mekah yang menghina nabi s.a.w. , lantas memeluk Islam untuk membela agama Allah dan nabi Allah.



Berbalik kepada topik kita , Perang Ahzab ,  ini berlangsung selama sebulan Syawal, tetapi tiada pertempuran hebat kerana musuh tidak dapat masuk, kecuali sedikit dengan bantuan orang munafik sebagai tali barut. Bagaimana pun umat Islam terkepung , kekurangan makanan dan kesejukan.

Musuh berkuda tidak dapat seberang parit hanya mampu melontarkan anak panah dari jauh.

Perang Ahzab antara Islam dan puak kafir dan munafik yang bergabung sebagai satu pakatan. Perhatikan ayat pertama surah ini Allah mewahyukan kepada nabi s.a.w. supaya bertaqwa dan tidak patuhi  kepada kehendak golongan kafir dan munafik.



Jelas larangan Allah.Tiada takwilan lagi. Setiap zaman golongan ini pasti ada, dan di akhir zaman golongan ini semakin bercambah dan golongan yang benar semakin sedikit. 



Perang ini menunjukkan peranan tali barut yang membuka ruang kepada musuh untuk masuk ke dalam Kota Madinah. Kehebatan Safiyyah binti Abdul Mutalib, menggerunkan musuh. Allah campak ke hati musuh sangkaan bahawa di kawasan belakang juga ada kawalan tentera Islam , menyebabkan mereka tidak berani masuk lagi. 



Nabi s.a.w. juga meletakkan tentera di kawasan belakang yang menempatkan wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Bantuan Allah dengan ribut taufan memenangkan umat Islam yang sedikit melawan tentera pakatan kafir dan munafik  berjumlah 10,000 orang. 

Peranan munafik dan pembelot Yahudi  melanggar perjanjian ( Sahifah )  Madinah dengan nabi s.a.w.

Malahan kita belajar bahawa setiap zaman musuh dan pembelot tetap ada. Kebangkitan Islam akan dikepung , kini musuh kepada kebangkitan Islam ialah pemikiran liberal, sekular, pragmatis , plural agama , sosialis, sosialis kapitalis , komunis , atheis , hedonis, freudism (semuanya mesti bermula dengan hidangan seks , termasuk pengiklanan dilariskan dengan hidangan seks, seks bebas, seks rambang , materialis , diktator , dan banyak lagi, musuh terkini lgbt. 

Manusia bukan lagi makhluk berakal yang waras tetapi lebih hina dari haiwan seperti kata Allah dalam surah al A'raf/ 179.

_______________
Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

_____________________
Petikan tulisan Abdul Muizz Muhammad, Harakah Daily , 23/05/2020 Sabtu =30 Ramadhan 1441, 

Perang Ahzab yang berlangsung pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah merupakan peperangan yang paling menakutkan bagi para sahabat. Ketika itu umat Islam dikepung oleh komposisi musuh secara bersepadu:
▪︎ Golongan Yahudi sebagai perancang utama.

▪︎ Musyrikin Quraisy sebagai musuh tradisi sedarah daging dengan Nabi dan para sahabat Muhajirin.

▪︎ Bani Ghatafan sebagai kelompok upahan yang cuba mengambil kesempatan.

▪︎ Puak munafiqin sebagai gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.

Jenis-jenis musuh seperti yang telah dinyatakan di atas, harus sentiasa diwaspadai oleh umat Islam. Oleh yang demikian, sirah perang Ahzab dirakamkan dalam takbir raya sebagai peringatan penting buat umat Islam.
______________________
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
_________________________
Semoga kita benar-benar belajar dan hayati makna di sebalik takbir raya dan roh perjuangan menegakkan Islam.

Dua peperangan Besar berlaku Perang Badar di bulan Ramadhan tahun 3 Hijrah , dan Ahzab/khandak di bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah.

Asbab inilah takbir raya sangat dihayati dan dilaungkan dengan penuh gagah dan gembira dengan kemenangan ini. Takbir raya bukan untuk bersedih . Malah disebut dari kalangan yang pulang dari medan perang dan berjaya menewaskan musuh kafir dan munafik .

Ketakutan di musim perang, jika dibandingkan ketakutan di musim covid-19, jauh sangat bezanya.Ini pun manusia tidak dapat berkorban diri untuk memutuskan rantaian wabak dengan duduk di rumah.
Semoga sifat taqwa yang dibina di madarasah Ramadhan akan membuahkan hidayah dan seterusnya menghasilkan sifat syukur kerana diberi hidayah.

Sekiranya berlaku sebaliknya , iaitu gagal membina sifat taqwa , tidak membuahkan hidayah dan seterusnya menghasilkan kufur.( Semoga Allah lindungi kita dari sifat ini ).
Perhatikan di sekeliling kita, betapa ramai manusia yang ada ilmu tetapi tiada hidayah, yang tiada ilmu lagila sukar mendapat hidayah,kecuali orang-orang yang bertaqwa iaitu yang kenal dosa dan pahala, kenal syurga dan neraka serta rasa takut yang lahir dari rasa yakin kepada wahyu Allah.
Kenapa taqwa menjauhi kita ? Kerana kita masih cintakan dunia dan takut mati serta tidak merasa mulia (izzah) dengan Islam kerana terkesan dengan propaganda musuh. 

Kita masih teruja dengan tawaran musuh dan melihat musuh serba hebat dan serba ada. Kenapa ini berlaku? Kerana Allah telah mencabut rasa gerun di dada musuh , dan umat Islam sebahagian besar tiada lagi jati diri Melayu Islam.

______________
Petikan tulisan Abdul Muizz Muhammad, Harakah Daily , 23/05/2020 Sabtu =30 Ramadhan 1441, 


Nabi telah mengingatkan kita, bahawa kewibawaan umat Islam akan dicabut oleh Allah kerana sikap cintakan dunia dan takutkan mati. Bahkan umat Islam hilang kualiti, diumpamakan ibarat buih di lautan.
Lantaran itu, musuh melihat umat Islam hina kerana prinsip hidup mereka boleh dibuat tawar menawar. Inilah yang telah disabdakan oleh baginda:
وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ
“Dan Allah pasti mencabut rasa kegerunan dari dada-dada musuh kamu terhadap diri kamu.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Kewibaan kita selaku umat Islam bukan pada material. Bukan pada gaya meninggi diri. Sebaliknya ia diperolehi dengan akhlak yang mulia, ilmu yang mencerahkan dan jati diri yang serba berdikari tidak boleh dijual beli.
____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI  (003021717-M)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment