Monday, 25 May 2020

Sayyidatina Safiyyah dan perang Uhud

Perang Uhud juga berlaku di bulan Syawal , di bukit Uhud. Sayyidina Hamzah antara para syuhada' iaitu adik kepada Sayyidatina Safiyyah binti Abdul Mutalib.

Mempunyai hubungan keluarga yang rapat dengan baginda nabi s.a.w sebagai ibu saudara . Beliau antara orang terawal menerima Islam dan diseksa di Mekah, dan turut berhijrah bersama nabi s.a.w .

Ibu kepada Zubair al Awwam dan merupakan wanita pertama turut berperang dalam perang Uhud. 

Kebiasaannya kaum muslimat hanya membantu menyediakan air, merawat luka dan merawat anak panah . Tetapi di perang Uhud Safiyyah turut membunuh musuh orang-orang Musyrikin  . Seorang perempuan yang cekal dan berani , ketika nabi s.a.w bimbang Safiyyah tidak dapat melihat kematian Sayyidina Hamzah, adik kesayangannya, tetapi jiwa Safiyyah amat cekal dan tabah. Malah redha dan bangga dengan syahid adiknya kerana membela agama Allah dan menyelamatkan nabi Allah.

Dalam usia akhir 50 tahun dan awal 60 tahun Sayyidatina Safiyyah masih gigih dan bersemangat membantu nabi s.a.w di medan perang.




Semasa perang Ahzab/Khandak Safiyyah membantu membunuh musuh yang menceroboh masuk ke kampung Madinah melalui kawasan belakang dengan bantuan orang munafik.

Seorang ibu  yang tegas dan cekal mendidik anak-anak lelakinya sebagai pejuang Islam , dengan memberikan asas permainan senjata ,  berkuda dan memanah serta merawat panah.

Tegas dalam mendidik anak bukan kerana kebencian, tetapi ingin membentuknya menjadi panglima perang dan seorang yang berguna .

________________

Bagi kalangan umat Islam di zaman awal merayakan bulan Syawal dengan semangat keriangan dan kemenangan dari medan perang menentang musuh Allah dan nabi s.a.w.

Surah al Ahzab sangat baik untuk kita ambil ibrah dan mengenali sifat musuh Allah iaitu orang-orang kafir, munafik dan ingkar janji .

Pertolongan Allah adalah untuk pejuang agama Allah yang ikhlas.

_______________

PUSAT DAGANGAN PULAI -003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA



No comments:

Post a Comment