Sunday, 8 March 2020

Kolam besar



Penyediaan kolam yang lebih besar sedikit dari kolam yang pertama. Tujuan memudahkan peserta kursus untuk menjalani latihan amali.

Keluasan kolam pilihan kami 35 kaki x 30 kaki kedalaman 3 kaki 

Kepada peminat ikan puyu boleh ikuti kursus kami pada 14/03/2020, Sabtu , di PDP. Anda boleh mendaftar secara atas talian atau terus ke kaunter pendaftaran kami di pdp pada jam 8.30 pagi pada tarikh tersebut.




Dalam pembinaan 
______________
Tips 

Ubi kayu cincang adalah makanan ikan puyu, mudah dan murah untuk didapati.




Ubi kayu muda dicincang halus 

________________
Penjagaan kolam

  • Pastikan udara bebas lepas 
  • Tanam pokok ubi kayu untuk teduhan dan rasa sejuk dan nyaman
  • Masukkan tanaman air seperti pokok keladi bunting . kiambang dan kangkong 


Keladi bunting  dan kiambang
(Boleh dicari dari paya )





Jika diternak dalam fiber , seeloknya dimasukkan sedikit tanah lumpur sawah. Ini sesuai dengan habitat puyu , sukakan air yang keruh, tidak suka air jernih seperti ikan koi, kerana ia adalah ikan lasak dan tidak suka dilihat orang. (tidak suka glamor agaknya)

Kolam simen konkrit juga boleh dimasukkan sedikit lumpur sawah , kerana rahsia Allah Ta'ala kita tidak tahu kandungan dalam lumpur tersebut , untuk tumbesaran ikan puyu.

Air jernih bukan habitat kegemaran ikan puyu, kerana ia  pemalu, tidak suka dilihat dan  orang melihat aksinya.

Ikan puyu adalah ikan yang penuh waspada kepada musuh dan ancamannya. Ia sangat peka dan sensitif dengan bau musuh , terus lari, menyorok dalam pokok-pokok air. Di sini pokok air sangat perlu untuk memenuhi habitatnya.


Ikan puyu bukan untuk binatang hiasan dan belaan manja, bukan seperti ikan koi, untuk tatapan sahaja .

Ikan puyu adalah ikan yang lasak, tidak boleh  dipegang sembarangan , ada duri, bila insangnya mengembang dan belakang ada sirip yang tajam .


_______________


Kolam ukuran kecil 6 kaki x 14 kaki kedalaman 2kaki setengah 


Pokok ubi kayu ditanam untuk dapat teduhan dan naungan .



Lihat pokok kiambang dan keladi bunting sangat cepat membiak di musim hujan, pastikan ia tidak memenuhi kolam kerana  ikan puyu suka membuat lompatan , sehingga boleh melompat setinggi 6 inci dari permukaan air , dan susah untuk tabur makanan pelet . 


Keperluan ialah : 

i. saluran air keluar dan air masuk
ii. letrik /plug di tepi kolam untuk memasang pam air rendam ( submersible pump) untuk air berpusing  , untuk dapatkan oksigen supaya air tidak berbau busuk
iii. pam air rendam ( submersible pump) untuk keluarkan air ketika menukar atau cuci kolam  
iv . memadai yang 35 w dalam harga rm38.00/unit , untuk pusing air
v. memadai yang 120w untuk keluarkan air, jenama tsugawa dalam bajet rm195.00 /unit 

________________
Faedah keladi bunting, kiambang dan kangkong,
  • akar jadi makanan ikan puyu , terutama kiambang 
  • akar tempat ikan puyu menyorok ,  bertelur dan simpan telur
  • akar tempat ikan puyu menyelamatkan diri ketika ada ancaman 
  • pokok tu jadi teduhan panas mentari 
  • daun sumber oksigen untuk manusia dan ikan
  • daun yang menghijau baik untuk mata, sejuk dan nyaman 
  • satu keindahan seni taman 

__________________________
Faedah ubi kayu

Ubi kayu boleh dijadikan makanan  ikan puyu . Ubi yang muda berusia 4 bulan mudah dicincang halus untuk diberi makan .
__________________________
Wahyu corner 


Tepat wahyu Allah 
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
(Hud 11:6) |

_______________________

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-'Ankabuut 29:60)



__________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU, MELAKA 


TALIAN KAMI : 019 957 3585

_____________________-
PERNIAGAAN INI DIMILIKI OLEH MELAYU MUSLIM 

No comments:

Post a Comment