- Info Sabtu 14/03/2020
Kursus pertama diadakan di pdp aqua, menggunakan kolam kecil, kolam besar dalam pembinaan.
Aqua maknanya air, kultur maknanya ternakan, aqukultur ternakan air.
______________
Tips
Kolam konkrit /simen tidak boleh terus masukkan anak ikan . Hilangkan tajam simen dulu , dengan merendam batang pisang atau kulit nenas , iaitu benda tajam selama seminggu.
Kini musim panas agak tidak sesuai juga melepaskan benih ikan kerana air panas ditakuti anak ikan mati. Ini bagi kolam yang tiada atap , terdedah langsung sinar mentari , hanya naungan pokok sahaja, dan pokok air, kiambang, keladi bunting dan kangkong.
Musim hujan bulan November, Disember , adalah waktu yang baik, melepaskan anak benih berusia sebulan, saiz 2 inci besar, kerana rahsia Allah dalam air hujan , kita tidak tahu.
Ahli sains hanya baru menemui sedikit dari ilmu Allah yang dibandingkan dengan 7 lautan dijadikan tinta, kering digantikan 7 lagi belum habis untuk menulis ilmu Allah. (Surah al Kahfi/109)
Sebab itu kajian pakar ikan mendapati ternakan di alam semulajadi atau habitat asal iaitu sawah padi dengan lumpur , air hujan , cahaya matahari dan udara (oksigen) adalah yang terbaik untuk tumbesaran ikan puyu , berbanding ternakan dalam kolam atau fiber, iaitu paya buatan .
_______________________
Al hamdulillah kursus suntikan hormon kesuburan bagi induk puyu berjalan lancar. Apabila kolam besar pdp aqua (air) siap , boleh menampung 40 orang peserta kursus dalam satu masa.
Nisbah induk ialah satu induk betina dan 4 induk jantan untuk menghasilkan benih yang baik dan berkualiti.
Waktu suntikan yang terbaik ialah sekitar jam 6.30 petang. Waktu ini ikan puyu suka melompat dan melakukan lompatan arobik , ketika hari mula sejuk dan nyaman.
_____________________
Kursus kami padat dan ringkas supaya peserta selesa dan jimat masa.
Jaminan kami setiap peserta yang minat , boleh terus membina kolam dan menternak ikan puyu selepas ikuti kursus.
Kami akan dedahkan secara teori dan praktikal ( amali). Sifu ikan akan pasakkan semangat dan keyakinan untuk mulakan usaha secara kecil atau besar.
Anda tidak perlu takut , kerana tiada pengalaman dan info, kerana kami akan jadikan anda dari zero kepada hero , dalam bidang aqua ikan air tawar (aquakultur ) (kultur maknanya ternakan air ), puyu.
_____________________
Kursus kami padat dan ringkas supaya peserta selesa dan jimat masa.
Jaminan kami setiap peserta yang minat , boleh terus membina kolam dan menternak ikan puyu selepas ikuti kursus.
Kami akan dedahkan secara teori dan praktikal ( amali). Sifu ikan akan pasakkan semangat dan keyakinan untuk mulakan usaha secara kecil atau besar.
Anda tidak perlu takut , kerana tiada pengalaman dan info, kerana kami akan jadikan anda dari zero kepada hero , dalam bidang aqua ikan air tawar (aquakultur ) (kultur maknanya ternakan air ), puyu.
_________________________
Soalan
Kenapa memilih ikan puyu?
Jawapan
Kerana ikan puyu lasak dan mudah dibela, tidak perlu oksigen dan ph air yang tertentu seperti ikan lain
_________________
Bantuan corner
Semalam kami berkesempatan berbincang dengan KPD (Ketua Perikanan Daerah ) Jasin, di Pejabat Perikanan Negeri di Batu Berendam, Melaka.
- Maklumat yang kami terima ialah, setiap pengusaha yang inginkan bantuan, perlu mulakan dulu usaha secara kecilan dan pastikan anda mendapat hasil setiap bulan untuk diajukan kepada jabatan untuk kelulusan bantuan.
- Sekiranya anda menyewa tanah, sertakan perjanjian sewaan, juga jika pajakan sertakan dokumen sokongan, jika tanah tol ,sertakan dokumen berkaitan.
- Jenis bantuan hanya alatan mudah aleh sahaja seperti tangki air, fiber ,tong deram , pam air, anak benih, makanan ikan palet, dan alatan yang berkaitan .
- Tujuannya jika jabatan dapati dalam tinjauan dan siasatan, pengusaha tidak lagi aktif, alatan tidak digunakan pihak jabatan akan mengambil balik dan diberikan kepada pihak lain yang aktif.
- Sokongan mudah diberikan jika anda dikategorikan sebagai pengusaha yang berpotensi mengeluarkan hasil setiap bulan , walaupun kecil.
- Jika anda asnaf zakat , dan ingin mulakan ternakan ini, boleh hubungi pihak zakat
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU MELAKA
TALIAN KAMI : 019 957 3585
PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM
No comments:
Post a Comment