Monday, 9 March 2020

Latih tubi memanah

Info Sabtu, 07/03/2020


Murid tingkatan 5, dari Kampung Pulai, telah menunjukkan minat dan kesungguhan dalam sukan memanah. Pernah menjadi wakil sekolah, dan sangat cekal dan istiqamah berlatih. 



Beliau telah berlatih selama 2 jam tanpa henti, inilah sikap istiqamah yang ada pada pelatih tersebut .




Tahniah dan syabas kami ucapkan dan anda boleh pergi lebih jauh. Jaminan kami anda mampu mewakili sekolah, kolej , dan universiti.


"LATIHAN MENJADIKAN ANDA PAKAR DALAM APA BIDANG SEKALIPUN "

"BERANI GAGAL ADALAH PELUANG DAN RUANG UNTUK ANDA TERUS BERJAYA"

"ISTIQAMAH BERLATIH DAN LATIH TUBI MENJADIKAN ANDA MAHIR"

_______________________-

Soalan
Bagaimana kita nak tahu kita mahir atau tidak ?

Jawapan
Mahir ialah apabila kita melakukan sesuatu tanpa berfikir dan teragak-agak ,  lagi.


(Tips) , 

Untuk mendapatkan kemahiran sentiasa memegang busur panah setiap hari, dengan latihan bayangan.

Jika tidak ada busur , latihan bayangan boleh dilakukan dengan gaya tangan sahaja, iaitu seperti anda memegang senapang, 3 cara, tundukkan anak panah ke bawah , naikkan ke atas dan kembalikan ke posisi untuk dilepaskan. 

Tujuan , untuk mendapatkan kemahiran memegang busur dan anak panah . Ini penting untuk menentukan ketepatan panahan kita. Mulakan dengan jarak dekat terlebih dahulu , iaitu 10 kaki .
_________________

Bagi peminat sukan memanah anda boleh ke tahap lebih tinggi iaitu sukan memanah berkuda. Inilah kemahiran dan kehaibatan tentera Islam dulu termasuk wanita.


__________________

Perhatikan apa yang berlaku di India,, universiti Islam dicerobohi, di sini perlunya kita menghayati dan hadham hadis nabi s.a.w. bahawa sunat menyimpan senjata dan ajarlah anak kamu berkuda, berenang dan memanah. 

Maksudnya setiap umat perlu ada ilmu pertahanan diri, tidak kira lelaki ataupun wanita. 

Dalam masyarakat kita di Nusantara silat adalah kegemaran mereka, ayuh kita bangunkan seni silat dan bermain senjata, setelah Bani Melayu Islam dijatuhkan, dan kini baru dapat bangkit dan bernafas kembali. Amin 


Silat adalah antara program yang ada dalam jadual perancangan kami.
____________________


Memanah termasuk dalam anjuran nabi s.a.w. supaya ajar anak kamu memanah.

Soalan 

Apa tujuan pandai memanah?




Jawapan 

Akal yang sihat dari badan yang sihat.
Kemahiran dan pertahanan diri yang kita ada dapat menggerunkan musuh , dan termasuk dalam galakan nabi s.a.w. 
Orang Mukmin yang  kuat lebih baik dari orang mukmin yang lemah.
Anak anda juga dapat didisiplinkan dari perkara yang membahayakan, hantu gajet, mat rempit, mat lajak dll 

______________________

Sokongan dan dorongan dari ibu bapa sangat penting untuk kemajuan anak dalam semua bidang .
______________


Tips memasang tali busur panah 




  1. Busur pegang dengan tangan kiri
  2. Lubang tali kecil di bahagian bawah
  3. Tali pegang dengan tangan kanan
  4. Pemegang busur di bahagian belakang lutut kanan 
  5. Busur naikkan ke atas ke bahagian belakang paha kanan
  6. Tarik perlahan-lahan sambil lenturkan busur untuk masukkan tali 
  7. Kaki kanan di bahagian depan busur
  8. Kaki kiri di bahagian belakang busur

_____________________


Cara membuka tali  sama juga . Tali mesti dibuka semasa menyimpannya supaya tali tidak rosak.

_____________________
Tips 

Untuk lebih mudah boleh gunakan tali alat bantu (stringer) untuk pasangkan tali pada busur .

_____________________


No comments:

Post a Comment