Wednesday, 18 April 2018

Masjid lama Kg Pulai

Masjid lama Kampung Pulai Pantai, adalah hasil dari sumbangan dan infak dari orang ramai. Usaha gigih penduduk di tahun 1920an mencari dana dan infak dari orang ramai sehingga ke Daerah Muar,Johor, terbinalah masjid yang diberi nama kini dengan Masjid Ar Rahman.

Mengikut portal e-masjid, selepas Perang Dunia Pertama, pada tahun 1920an, pemimpin masyarakat Kampung Pulai mula sedar dan mencari tapak untuk mendirikan masjid untuk solat Jumaat.




Mengikut cerita lisan dari penduduk jati Kampung Pulai yang diambil dari cerita lisan nenek moyang mereka; iaitu yang terlibat dalam mencari dana untuk infak dalam pembinaan masjid, telah sanggup berjalan kaki dari Kampung Pulai hingga ke Muar , selama 3 hari 3 malam.

Mereka akan bermusafir di Muar selama seminggu lebih untuk mengutip derma dan sumbangan. Di mana mereka bermalam? Pada waktu itu belum ada hotel atau rumah tumpangan, mereka hanya menumpang bermalam di rumah orang kampung yang memberi ehsan bermalam.Pada zaman susah , nilai kemanusiaan dan jati diri manusia sangat tinggi, kesan didikan agama Islam.




Hasil pengorbanan dan titik peluh mereka , terbinalah masjid Ar Rahman  di Kampung Pulai sebuah perkampungan nelayan di persisiran pantai Selat Melaka .







Jika kita fikir , dalam zaman selepas perang, duit susah dapat, berapa sangat mereka mampu menderma, tetapi kerana berkat dan rahmat Allah, masjid berjaya di bina.
  

Mengikut cerita lisan anak jati kampung Pulai , pekerjaan penduduk asal adalah nelayan dan membuat gula melaka yang digunakan dalam masakan asam pedas, kueh buah melaka, kuih keria dan aneka jenis kueh tradisi Melayu.

Pembuat gula melaka zaman dahulu lebih kurang dua puluh orang lebih. Kini pembuatan gula melaka telah dikilangkan,seperti di kilang halal hab kawasan perindustrian Serkam.














Bagi peminat perniagaan dan usahawan muda , anda boleh mencuba membuka kilang di kawasan halal hab.

Kini kampung Pulai , mendapat sebuah lagi masjid baru.

Bagi kita pada hari ini cukup mudah untuk infaq hanya di hujung jari, infaq ke akaun maya. Jadikan hobi dan tabiat mingguan kita setiap hari Jumaat mencari akaun maya yang sahih lagi benar untuk infaq.

Jumlah bukan ukuran dalam infaq, tetapi ikhlas dan yakin dengan janji Allah, bahawa pahala berlipat ganda .Biasakan dengan RM5.00 setiap minggu atau RM10.00, selain tidak terasa berat , ia adalah ibadat.


___________________________

Melaka adalah negeri bersejarah kerana pernah terbina sebuah Kerajaan Melayu Islam dengan mendaulatkan undang-undang Islam sebelum serangan Portugis pada tahun 1511 Masehi.

Mengikut para ulama' dan ahli sejarah tempatan nama Melaka diambil sempena sebuah bandar  di Turki.Daerah di Turki juga ada yang bernama Mersin, Malatya yang ada kesamaan di Nusantara.Ini bukti Kerajaan Uthmaniah Turki ada hubungan dengan Melaka .

Nama Melaka juga dalam bahasa Arab bererti tempat pertemuan pedagang pada waktu itu.


________________

Mengikut catatan sejarah, fakta yang disembunyikan ialah kehandalan orang-orang Islam Nusantara, termasuk Melaka atau Malaya pandai bermain senjata yang hebat, meriam, senapang dan lain-lain.

Hanya filem kita tidak menayangkannya, filem dan kajian di luar negara memaparkan kehebatan Melayu Islam.

Semuanya kerana kesan penjajahan 1511Masehi, penulis sejarah mendapat kekangan dari penjajah.
______________



PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU MELAKA







No comments:

Post a Comment