Monday, 16 April 2018

Prinsip dan tegas


Hutang adalah beban


Bagi peniaga yang baru memulakan perniagaan perlu bersifat tegas dan berprinsip dalam urusan jual beli secara hutang .


Pilih jualan dan belian secara tunai. Hutang mudah dan menyeronokkan. Kita dapat berniaga secara besar dan selesa dengan berhutang. Ingatlah hutang boleh menyebabkan perniagaan kita gulung tikar. 

Bangkrap atau muflis adalah penyakit si berhutang.Jauhi hutang yang banyak dan membebankan. 

_________________

Nabi s.a.w. melarang kita berhutang dengan mengamalkan doa dijauhkan hutang setiap kali lepas solat. Juga dijauhkan dari penindasan dan kerasnya peminta hutang.

Biar perniagaan kita kecil, asal hutang kita juga kecil .


Ini pesan nabi kita

Hutang di dunia, berkait dengan kematian kita
Roh tidak naik ke langit bagi yang berhutang
_____________

Jika jualan hutang hendaklah dikeluarkan resit hutang atau invois dan nyatakan tempoh bayaran . 

Sekiranya jualan hutang, perlu tegas dengan tempoh masa atau had masa bayaran.


Ambil balik barang jika hutang tidak dapat dibayar dalam
masa yang dihadkan, supaya tidak menjadi hutang lapuk. 

Sayangi diri sendiri dulu supaya tidak menjadi mangsa hutang.

Maksud berprinsip ialah ketepikan malu, menagih hutang, kerana orang yang berhutang dengan kita langsung tidak ada rasa malu.


Orang dulu-dulu merasa sangat aib dan takut untuk berhutang.

Ironi atau sindiran orang dulu-dulu , biar pape asal bergaya , adalah ditujukan kepada kalangan yang suka berhutang demi gaya dan tunjuk kaya.

Hutang wajib lunas dulu sebelum yang lain-lain
supaya hidup diberkati dan dirahmati
Jadikan tabiat kita suka segera bayar hutang
Nafsu berhutang adalah nafsu yang tidak pernah puas. Hanya wahyu mengajar kita erti kepuasan dalam hidup dan dunia perniagaan.

Bekerja adalah ibadat, jangan cemarkan dengan hutang keliling pinggang.
__________________

Jika kita biarkan hutang lapuk, boleh menjejaskan perniagaan kita dan boleh menyebabkan kehilangan modal pusingan , akibatnya boleh jatuh muflis.

Berhati-hati,tegas dan berprinsip dalam urusan jual beli. Kita mesti sentiasa sedar dan ingat , sikap manusia akan berubah sebelum berhutang dan selepas berhutang.

______________
Ingat sebelum kena.Sedar sebelum terlambat. Apa guna kita berniaga, barang habis, modal tidak pulang balik.Apalagi untung , tidak nampak.

Menjaga hati pelanggan ada had dan batasan, kita beralah kepada perkara yang benar. Hutang wajib diminta bayar dan jelaskan.

Sikap malu hendaklah bertempat. Jangan malu menagih hutang, supaya perniagaan kita selamat.

Jangan segan dan malu untuk menegaskan pendirian bahawa perniagaan kita adalah secara tunai.

Hutang menyebabkan roh kita tergantung antara langit dan bumi.

Hutang menyebabkan waris kita terbeban selepas kematian kita. Hati-hati dengan hutang.
_______________

 Jika jualan tunai hendaklah dikeluarkan resit bayaran.Islam mengajar kita bermuamalat secara jujur, telus, lurus, amanah,dan bertanggungjawab.

_________________
Untung di akhirat lebih besar dari laba dunia.

_______________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment