Friday, 22 April 2022

Jangan kurangkan hak orang atau makan mata dacing

 


Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.

(Hud 11:85)

________________________

Islam adalah agama muamalat, yakni berekonomi dan berniaga adalah termasuk dalam ibadat. Apabila kita sebut ibadat ada perkiraan dosa dan pahala, ada balasan syurga dan neraka.

Allah menentukan mengambil hak orang ; dengan mengurangi timbangan dan ukuran  , dosanya Allah tidak boleh ampun kecuali tuannya halalkan dan redha.

Orang yang mengambil hak orang lain , termasuk orang yang zalim; mereka mendapat laknat dari Allah dan yang dirampas hak mereka termasuk orang yang dizalimi , mereka mendapat rahmat dari Allah.

Muamalat dan berniaga bermakna kita memudahkan urusan umat Islam untuk mendapatkan bekalan barangan dan perkhidmatan. Islam melihat berekonomi tujuannya hingga ke akhirat bukan untung laba di dunia sahaja seperti ajaran Karls Mark, Yahudi German dalam kitabnya Das kapital, yang menafikan tuhan dan menyatakan agama adalah candu umat.

Pemikiran Karls Marks bertitik tolak dari duit adalah segalanya untuk mengurus dan menyusun manusia. Sedangkan wahyu mengatakan bahawa kaya atau miskin adalah ketetapan Allah. 

Iman seseorang yang menentukan cara hidup yang diredhai, bukan duit. Duit adalah alat untuk hidup sahaja, tanpa duit hidup kita susah. Duit bukan matlamat dalam hidup ini, matlamat hidup ialah mencari redha Allah, oleh sebab itu dalam mencari duit dulukan redha Allah. 

Sebab itulah bagi pengikut dan pemuja ajaran Karls Marks sanggup menjadikan duit tuhan, dan ini adalah sebesar-besar syirik.

Selain dari ekonomi Islam , yang ada hukum dan peraturan mengikut ketetapan Allah halal haramnya , tidak ada satu pun agama lain yang mengurus tentang ekonomi dengan panduan wahyu. 

Ini kerana mereka bersandarkan kepada agama Kristian, iaitu ekonomi suku, agama suku. yakni asas pemikiran sekular.

Gerakan kristianisasi telah merosakkan muamalat umat Islam kerana diresapkan dengan pemikiran sekular. Pemikiran sekular menggunakan akal dan selera sahaja dalam berfikir, , kesannya membawa  mereka sesat dalam akal dan selera. Mereka tidak jumpa  petunjuk agama dan selesa berada dalam kesesatan dan menyangka gaya hidup merekalah yang benar dan betul, walhal mereka telah melencong dari sirod mustaqim.

Mereka meraba-raba , kerana mata mereka pejam , dalam terang dan celik dalam gelap gulita, itulah bandingan orang yang sesat dari ilmu wahyu.

_________________

                            PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

No comments:

Post a Comment