Thursday, 21 April 2022

Cukupkan timbangan dalam jual beli

 

Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: 


"Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. 


Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; 


dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. 


Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.

(Al-A'raaf 7:85


______________________

Pada hari ini ramai minat berniaga, satu perkembangan yang sihat ke arah menjana ekonomi negara yang menjadi sebahagian dari tuntutan Islam. Berekonomi adalah ibadat jika cukup syaratnya seperti Allah tentukan, niat berniaga kerana Allah, berniaga perkara yang halal, tidak mengabaikan waktu solat, dan lain-lain syarat.

Namun begitu ramai yang tergelincir dalam perniagaan iaitu tidak mengikut suruhan Allah supaya betul dalam timbangan dan suaktan dalam pembuatan. 


Contoh mudah, perniagaan di warung dan bazar Ramadhan, seperti yang diriuhkan, karipap inti oksigen, sepatutnya kita gredkan barangan kita. gred a karipap inti daging batang pinang, harga, karipap inti kentang harga, karipap inti oksigen harga, barulah bebas dari tipu dalam perniagaan. Sebab pembeli ada hak memilih.

_______________________

                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

No comments:

Post a Comment