Thursday, 20 January 2022

Penyakit Suka Bercakap - Ustaz Azhar Idrus




Banyak cakap, banyak salah, banyak salah , banyak dosa. Cakap benda baik sahaja, jangan cakap perkara tidak ada faedah.

Lidah tidak bertulang, lembut tetapi mampu menghiris luka hati dan perasaan orang lain. Asbab tu di akhirat lidah , tidak ada peluang bercakap lagi, khatam.

Jangan hisab diri dan hal orang lain, hisab diri sendiri itu ibadat dan tanggung jawab dari  Allah. Menghisab diri orang lain itu larangan dari Allah, sebab boleh jadi mencela , boleh jadi mengumpat, boleh jadi mengecam dan mengutuk. Menghisab diri sendiri itu tanggung jawab untuk menuju ketaqwaan.

Biasanya makhluk yang suka mengumpat ialah orang yang memiliki kekurangan dalam diri, tujuan dia mengumpat adalah untuk menutup kekurangan dirinya.

Dia suka menembak orang lain untuk dia dapat perhatian dari orang lain. 

Kajian oleh sarjana Jepun, otak yang paling luas ialah yang bercakap tentang isu, otak sederhana bercakap tentang peristiwa dan otak paling ciput dan sempit ialah yang bercakap mengenai dirinya, rumah saya, anak saya, kerjaya saya, harta saya, semua darihal saya, yakni diri sendiri.

Wallahu a'lam.


_____________

                                 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment