Monday, 17 January 2022

Ust Azhar Idrus- Takut Mati



Sila hadham makna takut mati.

Memang kita takut mati selagi  mana kelengkapan belum lengkap untuk menghadapi soal jawab kubur, timbang amalan di mizan, meniti sirad mustaqim,  untuk mengadap Allah. 

Kita tidak tahu apakah bekalan amalan yang kita perasan bagus itu di terima dan menepati  dengan apa yang Allah kehendaki. Semua manusia kata bagus dan baik dalam penilaian selera manusia, belum tentu sama dengan piawaian dan nilaian Allah swt. 

Orang yang takut mati adalah orang yang sentiasa beringat tentang kematian adalah sunat , maknanya dapat pahala sunat, ingat mati juga sebahagian dari iman, iaitu beriman dengan hari akhirat.  

Maksud sabda nabi saw sebijak-bijak manusia adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

Ingat mati bukan duduk termenung , tunggu mati, kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi wajib ditunaikan. 

_______________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

No comments:

Post a Comment