Friday, 28 October 2022

Naungan di mahsyar

 

Tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah
pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:  


(1) Pemimpin yang adil,

(2) Pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah.

(3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid,

(4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga,

(5) Lelaki yang diajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’,

(6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta

(7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.

[HR Bukhari & Muslim]

*************

Tujuh perkara ini sangat payah untuk dilakukan. Sebut sahaja mudah. 

Sebab itulah mereka layak mendapat naungan di hari akhirat kelak.

Perjuangan dalam politik sangat sukar kerana musuh ramai. Mereka cenderung 

perjuangan yang berteraskan ideologi dan tidak berminat dengan al Quran.


Dakyah dan propaganda serta provokasi mereka :

1. Mereka tidak dapat menerima  al Quran sebagai dalil, mereka kata, daleh

2. Rujukan kepada ad din mereka tuduh sebagai sentimen agama, tunggang agama, alangkah dangkalnya pemikiran mereka

3.  Mereka sesat di dalam akal , akibat mendakwa diri mereka sahaja bijak 

dan betul.

4. Apabila kita cenderung kepada politik Islam dan harakah politik Islam , 

kalangan liberal dan akal ini akan menuduh pula kita sebagai fanatik kepada ketua dan ulama'.

5.Bagi mereka tiada orang yang layak menjadi ulama'. Mereka dalam senyap 

menafikan hadis bahawa ulama' adalah waris nabi saw dalam menurunkan ilmu.


Di sinilah cabaran orang politik dalam mencelikkan umat , apa itu ilmu politik 

dan apa itu parti politik . Kita amat payah melawan akal kalangan liberal ini.


***********

                            PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

No comments:

Post a Comment