Tuesday, 25 October 2022

Wajib cegah mungkar

 A104

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). 


Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


************
Walau pun kita sudah menang dan menjadi pemerintah, tetap ada satu golongan yang akan menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran.

Kemungkaran pada hari ini sangat banyak, mungkin kerana kejahilan , atau umat tidak jahil tetapi engkar kepada perintah dan hukum Allah seperti:

1. Tidak solat
2. Tidak menutup aurat
3. Tidak jujur dalam perniagaan dan perusahaan
4. Tidak wala' kepada pimpinan
5. Tidak berjihad mendaulatkan politik Islam
6. Lgbtq
7. Zina
8.Minum arak
9. Berjudi
10. Melakukan perbuatan syirik dengan mendatangi ahli sihir dan ahli nujum
11. rasuah
12. Merompak
13. Menipu 
14. Mencuri 
15.Mungkir janji
16. Tidak amanah
17. Fitnah menfitnah
18. Kata-kata buruk
19.Mengadu domda
20. Mendatangkan kacau ganggu dalam umat
21. Mencetuskan perbalahan dengan provokasi melampau tanpa adab
22. dll

************
Kita wajib mendaulatkan kuasa politik Islam kerana , dengan kuasa politik kita dapat mendaulatkan ad din dan hukum Allah.

Ad din meliputi sistem politik , ekonomi ,  sosial , perundangan , kehakiman  dan seluruh kehidupan wajib disusun dengan ad din.

Jika solat kita berpandukan al Quran , hadis, ijmak dan qias, maka begitulah sepatutnya dalam berpolitik dan ekonomi kita wajib merujuk kepada sumber hukum yang sama. 

Berpolitik dan bernegara telah ditunjuk oleh nabi saw di Madinah dan Andalus, Sepanyol selama 800 tahun . Sebuah tamadun yang berasaskan ilmu al Quran , maju dalam semua bidang ilmu sains dan teknologi serta kemasyarakatan yang kita warisi hingga ke hari ini.

************

                PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

No comments:

Post a Comment